“Dengar Jadi Hero Romantik Pun Dah Kelakar, Bayangkan Apabila Menonton Nanti”
Tahukah anda sebagai pelakon saya tidak pernah ditawarkan untuk melakonkan watak hero dalam filem cinta?
Hanya seorang pengarah yang percaya dan berani untuk ketengahkan saya sebagai hero untuk membawa cerita romantis. Beliau adalah Al Jafree Md Yusop.
Kali pertama saya ditawarkan olehnya adalah melalui telemovie Kembara Nak Dara. Saya digandingkan dengan pelakon cantik dan berbakat, Nadia Aqilah.
Apa tak pernah dengar? Tak apa. Benda dah lepas jangan dikenang. Jangan kecewa kerana masih ada satu filem yang belum ditayangkan iaitu Mencari Rahmat. Diarahkan oleh pengarah dan heroin yang sama.
Berlakon di dalam filem romantik komedi bukan pekara mudah. Saya harus beromen dan kelakar pada masa yang sama. Ianya tak semudah apabila hanya beromen sahaja atau berkelakar sahaja.
BACA SINI >> Cara Terbaik Melayan Wanita Ialah Dengan Tidak Berlaku Jujur Terhadapnya
Pengalaman di dalam Kembara Nak Dara membantu saya untuk beromen dengan lebih baik di dalam Mencari Rahmat.
Walaupun baru dua filem romantik komedi yang saya jadi hero saya tidak akan menolak untuk beromen lagi sekali jika ditawarkan di masa depan.
Jangan lupa untuk menonton saya beromen! Mencari Rahmat adalah sebuah filem Romantik Komedi diarahkan oleh Al Jafree yang akan ditayangkan bermula 31 Ogos ini di Mubi.com
*Anda baru dengar saya jadi hero romantik pun dah kelakar bayangkan bila anda menonton nanti.
Kredit : Facebook Nam Ron