Politik

Tun M terus halakan serangan terhadap Muhyiddin

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya terus menghalakan serangan terhadap Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu menuduh Muhyiddin menjadi Perdana Menteri hasil sokongan ‘pemimpin pencuri’. Dr. Mahathir bagaimanapun tidak menamakan pemimpin pencuri tersebut.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.

“Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin. Okaylah – asal dapat nikmat.,” kata Dr. Mahathir dalam hantaran terbaharu di blognya hari ini.

Dr. Mahathir mendakwa, ramai rakyat Malaysia termasuk kalangan pemimpin Bersatu yang sanggup menerima semula pemimpin yang didakwanya telah mencuri berbillion duit kerajaan.

Pemimpin Bersatu itu, menurut Mahathir pada mulanya menyertai parti Bersatu kononnya kerana berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dakwa beliau telah mencuri berbilion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

“Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan,” kata Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Bersatu itu adakah masih ada rakyat yang akan percaya terhadap mereka.

“Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita, tak apakah? Itu masa depan. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu,” kata Dr. Mahathir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button