Dengan hanya satu mesih ‘’Exilis’’ mampu ketatkan Vagina dan anjalkan kulit
PUSAT kecantikan iaitu Kireina Wellness yang bertapak di Shah Alam memperkenalkan satu mesin baru yang boleh merawat penjagaan dari luar dan dalaman wanita.
Mesin yang dibawakan khas dari Amerika Syarikat memperkenalkan Exilis by B yang mampu menajalkan semula kulit dan mengetatkan di bahagian vagina dengan mengunakan rawatan Femme 360.
Antara selebriti yang mengunakan, Shikin Maembong antara yang mendapatkan rawatan tidak invasif menggunakan mesin Exilis untuk membentuk tubuh dan juga mengetatkan bahagian intimnya.
‘’Bila kita dah berumah tangga penjagaan intim adalah amat penting sebab kecantikan bagi saya bermula dari dalaman. Bila kita jaga dari dalaman kita dia akan menceriakan diri secara tidak langsung kita akan rasa diri kita cantik.
‘’Kita sebagai wanita pasti malu untuk ceritakan masalah terkuncil tetapi Syikin paling suka trement ini berbanding yang di pusat kesihatan lain’’. Jelasnya pada sidang media pembukaan Kireina Wellness di Shah Alam.
Menurut Pengasas Kireina Wellness, Puan Azizah Salleh, pembukaan Kireina Welness, wanita dapat bersosial tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia
“Cabaran dunia hari ini amat memberi tekanan kepada kaum hawa, bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental. Mana lagi mahu berjaya dalam kerjaya, membina keluarga apatah lagi menjaga keintiman bersama suami.
“Kerana itu Kireina Wellness tidak lokek berbelanja lebih RM 1 juta untuk ruang selesa serta peralatan canggih yang tidak invasif (non invasive) untuk wanita,” katanya di pra pelancaran Kireina Wellness di Shah Alam, hari ini.
Dalam pada itu, Doktor Ainna Alias, Pengarah Operasi Kireina Wellness dan Cik Valerie dari BTL Aesthetics Malaysia turut membuat demonstrasi mesin Exilis by BTL yang digunakan untuk rawatan kecantikan dari kepala sehingga ke kaki.
“Proses menggunakan Exilis mengambil masa tidak lebih 8 minit untuk satu sesi dan tidak menyakitkan. Paling menarik, kesan dapat dirasai terus selepas satu sesi dan tidak perlu waktu rehat (down time) sebelum melakukan hubungan intim,” kata Doktor Ainna.
Dr Ainna dan Puan Azizah turut memperkenalkan rakan-rakan Kireina Wellness lain yang menjadi antara pelanggan awal mereka iaitu penyanyi, Zur Eda, pelakon, Nadia Brian serta penyanyi dan pelakon, Cat Farish.
Kireina Wellness menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Vagina Tightening dan Vulva Remodelling.
Turut disediakan adalah rawatan PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring, Brightening Facial, Oxy Hydra Facial, Stemcell Booster dan AGF Hair Growth.
Kesemua rawatan yang ditawarkan adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta mesin medical grade, gred paling tinggi dalam industri kecantikan.
Kireina Wellness beroperasi di 209, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Ia dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
Artikle Berkaitan :>
L’Oreal Malaysia terus membantu wanita tingkatkan kemahiran dalam bidang kecantikan