Debat Tabung Haji: Mujahid tunggu jawapan Abdul Azeez
BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa masih menunggu jawapan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai cabaran berdebat yang beliau lontarkan.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara itu meminta Abdul Azeez untuk berhubung segera dengan portal berita Sinar Harian yang dipilih menjadi lokasi untuk berdebat.
“Saya masih menanti Mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim untuk menerima cabaran debat saya dengan
- Mujahid mahu berdebat dengan Azeez, tolak berdebat dengan Asyraf
- Azeez dengan jiwa terbuka setuju ajakan debat Mujahid
- TH: Mujahid mahu debat dengan Azeez guna platform bebas
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tiada halangan untuk berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen itu galak mencelah ketika dia berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.
“Saya tiada masalah untuk menjemput supaya Pengerusi Tabung Haji yang dahulu, Abdul Azeez untuk berdebat. Ketika saya berucap di Parlimen, dia ganggu dan nak pertahankan hujah dia, jadi ayuh kita berdebat.
“Saya nak berdebat dengan dia ini. Kita bentangkan apa yang didakwa. Dia kata ada fakta, tak apa, dedahkanlah supaya jangan ada beringat-ingat seperti di Parlimen baru-baru ini.
“Kita dedahkan secara aman, damai, bertamadun dan kita serahkan kepada rakyat untuk menilai,” ujarnya.
Cabaran Mujahid itu diterima oleh Abdul Azeez. Ahli Parlimen Baling itu mencadangkan agarr debat tersebut diberi tajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ Tarikh perdebatan pada 28 Julai pada pukul 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Abdul Azeez turut menyarankan agar Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan tersebut.
Mujahid bagaimanapun menolak cadangan Abdul Azeez dan mahu debat antara mereka berlangsung di platform yang lebih bebas seperti Sinar Harian.-SM