Politik

Pas, UMNO, Bersatu tidak boleh berpisah – Abdul Hadi

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas, Bersatu dan UMNO tidak boleh berpisah.

Menurutnya, melalui usaha bersama Pas dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin mereka berjaya menyatukan ketiga-tiga parti.

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan Bersatu,” tulis Abdul Hadi di Facebooknya.

Abdul Hadi turut berkongsi gambar ketiga-tiga pemimpin sedang berbincang. Pas dan UMNO mempunyai hubungan yang kukuh melalui Muafakat Nasional.

Bersatu di bawa kepimpinan Muhyiddin menyertai kerjasama dengan kedua-dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu pada Mac lalu selepas mengambil keputusan keluar daripada Pakatan Harapan.

Buat pertama kali hubungan ketiga-tiga parti akan diuji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sejauhmana kesefahaman dan kejujuran kerjasama ketiga-tiga parti itu akan diuji terutama melalui pembahagian kerusi yang akan mereka tandingi.

Sebelum itu Abdul Hadi berkongsi gambarnya bertemu dengan Ahmad Zahid di Parlimen hari ini. Menurutnya banyak perkara dapat dicapai apabila kedua-dua mereka selalu berjumpa.-SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button