NasionalNegeri

DBP rancang pelbagai program di Perlis 2024

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan kepimpinan DBP selepas sembah mengadap di ibu negara, semalam.

DEWAN Bahasa Dan Pustaka (DBP) merancang untuk melaksanakan pelbagai program di Perlis di sepanjang tahun ini.

Antara program yang dilaksanakan termasuk Seminar Institusi Raja (SIRaj), Seminar Teknikal Bahasa Melayu, Program Apresiasi Bahasa dan Sastera Sempena Sambutan Hari Antidadah, Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta Semarak Bahasa Masyarakat Siam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang dengan Dr. Hazami Jahari dan Mohd. Salahuddin Datuk Paduka Mohamed semasa sembah mengadap di ibu negara, semalam.

Perkara ini telah dipersembahmaklumkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena majlis mengadap di ibu negara semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Pustaka, Mohd. Salahuddin Datuk Paduka Mohamed dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Roziah Md Yunus.

DBP melaksanakan pelbagai program kerjasama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari masa kesemasa di dalam dan juga luar negara. – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button