Nasional
DBKL serbu pusat urut gay, warga Syria antara yang ditahan
SEBUAH pusat urut gay yang beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur telah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petng semalam.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, serbuan dilakukan hasil siaatan dan risikan yang emndapati terdapat aktiviti tidak bermoral (urutan gay) dan aktiviti seks sejenis di premis dua tingkat tersebut.
“Serbuan yang dijalankan terhadap premis ini mendapati seramai lima orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bertindak sebagai tukang urut.
“Manakala dua lelaki Myanmar sebagai pelanggan dan seorang warga Indonesia sebagai penjaga premis di tahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL,” katanya.
Jelasnya, premis tersebut telah dikenakan notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( WPKL ) 2016 dan tindakan sita 25 pelbagai peralatan premis turut dilakukan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan).
Ujarnya, tindakan menutup premis serta merta turut dilakukan ke atas premis tersebut menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tambahnya, operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan orang ramai diminta terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL. -SM