Nasional

Daya tahan Malaysia semasa pandemik diiktiraf Bank Dunia

Malaysia menunjukkan prestasi yang agak baik semasa Covid-19 berbanding negara membangun Asia lain seperti Mongolia, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Vietnam, kata Bank Dunia.

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) amat berbesar hati serta terharu dengan pengiktirafan oleh Bank Dunia terhadap Malaysia dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang telah di bawa oleh Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keazaman, visi dan pendekatan strategik Muhyiddin dalam menguruskan pandemik memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan luar biasa ini.

Menurut ketua pegawai MASA, Azril Mohd, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa pengorbanan wira-wira barisan hadapan, petugas kesihatan, pekerja sektor penting dan sukarelawan, yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi menghadapi cabaran pandemik.

“Pengiktirafan Bank Dunia terhadap kedudukan tertinggi Malaysia di Asia Tenggara ini adalah bukti usaha kolektif negara dalam melindungi kesihatan awam, mengurangkan gangguan ekonomi dan memupuk daya tahan masyarakat.

“Ketika dunia terus bergelut dengan impak pandemik yang meluas, daya tahan Malaysia menjadi contoh untuk diteladani oleh negara-negara lain,” katanya.

MASA kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, sektor swasta dan komuniti dalam meningkatkan daya tahan Malaysia dan memacu pembangunan mampan.

“Marilah bersama-sama membina sebuah negara yang teguh dan makmur, bagi menjamin masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia,” tambah beliau. – SM

Baca : Tawaran PN di Selangor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button