Jenayah

Datuk Seri tipu duit artis, menyamar Pengarah Kewangan KDN ditahan

POLIS menahan seorang wanita bergelar ‘Datuk Seri’ yang menyamar sebagai penjawat awam dengan mendakwa dirinya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mana videonya telah tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada Setiausaha Bahagian KDN berhubung video yang sedang tular.

“Pengadu melihat satu rakaman video yang memaparkan wanita yang dikenali sebagai ‘Datuk Seri Nur Atiqah Baba’ yang mendakwa dirinya dilantik sebagai Pengarah Kewangan (KDN),” katanya.

Sebelum ini, wanita itu juga didakwa turut menipu beberapa artis tanah air untuk memiliki rumah dengan harga tidak masuk akal.

Tangkapan terhadap suspek dibuat selepas laporan polis diterima dan siasatan dibuat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Suspek yang berusia 33 tahun direman tiga hari bermula semalam hingga esok untuk membantu siasatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button