Mahkamah

Datuk Aishah sebak di kandang saksi

Bina Megah cuba tegakkan benang yang basah

KES perbicaraan penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, 57, yang menyaman salah seorang daripada penaja program realiti televisyen Gegar Veganza musim keempat (GV4) yang menjanjikan hadiah berupa tanah lot banglo pada empat tahun lalu, didengar di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur, pagi ini.

Aishah diwakili tiga peguam iaitu Mohammad Izwan Azmi, Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Manakala peguambela defendan, Mohd Khainis Yussof Tetuan Azwan Roslee & Co.

Aishah selaku plaintif mengemukakan saman terhadap tiga defenden termasuk vokalis kumpulan Pearl, Datuk Mohd Amir Mohd Esa.

Aishah dalam tuntutannya mahu ketiga- tiga defendan sebagai penaja ketika program realiti televisyan, Gegar Veganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017 itu memenuhi janji untuk menghadiahkan sebidang tanah lot banglo kepada beliau.

Pada GV4 itu, Aishah dinobatkan sebagai Juara manakala tempat kedua dan ketiga adalah penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo.

Selain Aishah yang dijanjikan dengan tanah lot banglo, Liza Hanim dan Lan Solo juga dijanjikan hadiah yang sama.

Defenden bagaimanapun tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil daripada yang dijanjikan iaitu lot banglo.

Aishah mengambil masa selama empat tahun dan berusaha untuk berbincang dengan pihak penaja berkenaan tentang isu itu tetapi inisiatif yang dilakukan oleh Aishah gagal mendapat respons seperti yang diharapkan.

Aishah pernah berkata, apabila kes ini dibawa ke mahkamah, beliau hanya menuntut haknya seperti mana yang dijanjikan oleh defendan selaku salah satu penaja di GV4, terbitan Astro.

Pagi ini dokumen bersama diserahkan kepada mahkamah
termsuk dokumen tambahan plaintif untuk semakan.

Izwan memaklumkan kepada mahkamah bahawa surat yang difailkan oleh defenden pada Sabtu lepas, 9 hingga 11 Ogos diminta dilapangkan.

“Anak guam bantah,” kata Izwan.

Hakim berkata, “tidak perlu bantah kerana mahkamah sudah tetapkan perbicaraan selama lima hari.

“Diari mahkamah sentiasa dipenuhi kes-kes. Julai next year diari penuh.

Mana mana pihak minta penangguhan bukan atas sebab kesihatan, mahkamah tak setuju dan tak benarkan sebarang penangguhan.

Kalau mahkamah benarkan nak cari tarikh resonable its unfair to other kes.

Tak ada isu En Izwan, kita akan proceed, kata Hakim Rofiah Mohamad.

Plaintif, Aishah mengangkat sumpah di kandang saksi.

Perbicaraan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad, dirakamkan audio dan visual.

“Jawapan mesti jelas dan boleh guna bahasa isyarat”, kata Hakim.

Peguam Mohd Kanis dan Noor Amalina bertindak bagi pihak defenden.

Izwan: Plaintif dah fail penyata saksi, mohon tiga tambahan.
Datuk, adakah ini penyata saksi yang Datuk nyatakan?

Aishah: Ya.

Izwan: Sila tandatangan.
Puan Hakim, saksi mengesahkan.

Izwan: plaintif ada tiga soalan tambahan. Rujuk satu video dalam thumb drive. Tunjuk pada plaintif dan peguam cara defendan-defenden.

(Hakim membenarkan dan melihat video.)

“Video dirujuk pada minit 5.20 hingga 7.20 yang dimainkan kepada saksi pada 5.02, sedikit awal,” kata Izwan kepada mahkamah.

Bina Megah Empayar atau BME sebidang lot tanah banglo ada didalam video yang ditonton oleh Hakim Rofiah sebagai hadiah-hadiah kepada pemenang Gegar Vaganza musim keempat.

Video adalah pada semi final dan final pertandingan GV4.

Ditayangkan dan ditunjuk semula kepada plaintif dan defendan-defendan.

Izwan: Soalan tambahan kepada Datuk Aishah. Rujuk kepada video, apakah video tersebut.

Aishah: Video senarai hadiah hadiah pemenang GV4 diambil dari sidang media.. berlian palsu dari Datuk Seri Vida (DSV). Video ini diperoleh dari online untuk tontonan ramai.

Sidang media DSV yang memainkan video dan teaser yg ditayangkan semasa semi final dan final.

Video diperoleh secara online, terdapat akses kepada orang ramai.

Mahkamah setuju tanda video sebagai kemukaan 1D 1.

Izwan: Kenapa kemuka video ini?

Aishah: Nak tunjuk senarai hadiah-hadiah telah diuar-uarkan sejak mula GV dan semi final, hadiah tanah lot banglo dari semi final ke final. Poin saya jika ada kesilapan daei Astro, 2,600 kaki persegi sahaja, senarai hadiah boleh ditukar dan diedit dan tak diteruskan diuar uarkan sebagai lot banglo. Sebagai syarikat yang berurusan dgn tanah, pasti boleh bezakan lot vd dengan lot banglo.

Izwan: Rujuk plaintif kepada ikatan dokumen tambahan plaintif di mukasurat 6. Soalan tambahan, apakah dokumen pada muka surat 6,7 dan 8.

Aishah: Garis panduan, guideline yang ditentukan oleh setiap negeri keluasan tanah diperlukan dalam kategori masing masing. 3,750 kaki persegi Selangor dan Johor, untuk rumah sebuah. Saksi pakar dipanggil yang tahu tentang perkara ini.

Izwan: Perancang bandar di supina. Dokumen ini ditandakan dalam ikatan dokumen tambahan.

Mahkamah terima.

Aishah: Pemakluman garis panduan untuk pembinaan dan penjelasan tanah untuk setiap negeri.

Manual garis panduan dan piawaian negeri Selangor turut dijelaskan oleh plaintif untuk negeri Selangor.

Izwan: Itu sahaja Puan Hakim. Tiada soalan tambahan. Untuk dokumen akhir.

Hakim: Mukasurat 3 hingga 5, ikatan B3 sebagai ID4.

Izwan: Dua kandungan video. CD dibekalkan kepada mahkamah dan pihak defendan. Telah ditandakan.

Hakim: Tak perlu ditayangkan. Memang ada sejak dulu. Kita terima ketika pemeriksaan balas.

Soal balas peguam defendan. Puteri Kasih tak kerja dengan Bina Megah Empayar.

Aishah: Siapa yang videokan is second matter.

Peguam: Bina Megah dalam video tidak mengatakan mereka akan bagi lot banglo.

Aishah tak ada pengesahan atau wakil dari Bina Megah nak bagi lot banglo.

Puteri Kasih atau Astro Awani tak ada perjanjian bagi lot banglo.

Peguam defendan: Beautiful Nara. Bukan pekerja Bina Megah, wakl, ejen, pekerja Astro atau wakil. Tak pernah buat pengesahan dalam kes ini.

Aishah: Tak tahu.

Peguam: Muka surat 4 sampi 6 dirujuk. Ada tak nak bagi lot banglo.

Aishah: Tak ada.

Peguam: Soalan, pembuat artikel 10 hingga 11, Abang Nara penulis artikel. Dia lebih layak cakap pasal artikel.

Aishah: Apabila yang ditulis dan keluarkan, perlukah disahkan?

Artikel MStar Online, 9.1, dokumen 7 hingga 9 dirujuk.

Peguam: Muka surat 7 atas, bawah tarikh, saya pun artis, tak kan saya nak tipu.
Yang tulis artikel ini ialah Karami Hashim. Tak pernah sahkahkan artikel ini. Tak ada Bina Megah nak bagi tanah lot banglo.

Aishah: You nak pertikaikan saiz lot banglo. Tiga orang yang dijanjikan lot tanah. Bina Megah masih tak tunaikan. Tak ada hadiah diberikan. Untuk berunding.

Jumpa dua kali. Anak guam kata sekali sahaja.

Aishah: Jumpa selepas pengumuman. Wakil. Tanah di Johor. Tunggu bukan sebulan dia, lepas sembilan bulan, cuba hubungi defendan ketiga. Cuba selesaikan masalah ini. Jumpa dengan pemenang lain dan peguam. Perjumpaan kali kedua di Bukit Jalil.

Syarikat ada masalah, internal, minta diberi masa. 6 bulan untuk kami tunggu. Berulang kali cuba hubungi beliau. Dia tak menidakkan. Tidak dipinda senarai hadiah-hadiah pada final.. perkataan Lot Banglo. 2,600. Tak kan tak boleh nak bezakan.

Aishah: Saya tak berkeras tapi Bina Megah patut bagitau Astro. Sebagai pemenang. Ditonton oleh berjuta penonton. Nak apa yang dijanjikan seperti yang diuar-uarkan.

Peguam: Emel 13/10/2017. Surat penajaan Bina Megah kepada Astro. Nama defendent ketiga dinyatakan dengan jelas.

Tajaan adalah seperti berikut. 2,600 kaki persegi. Lokasi Johor dan Selangor. Bukan penerima. Tak terlibat dalam dokumen. Nama tak disebut.

Aishah: Tak sebut nama tapi saya pemenang. Wakil Astro bagitau mereka pulangkan kepada artis peserta dapatkan tuntutan.

Peguam: Nilai tanah hanya 60k, bukan 300,000. Ukuran 2,600 kaki persegi sahaja. Jadi tuntutan Datuk bercanggah dengan perenggan dua.

Aishah: Tuntutan saya seperti yang diuar-uarkan.

Lebih daripada yang layak.

Aishah: Bagi saya cakap, penilaian lot banglo. Apa yang diberitahu kepada kami.

Tuntutan menekan. Lima kali ganda.

Aishah: Bukan menekan. Hanya tahu kontrak dan berapa nilai. Buat atas informasi yang saya ada.

Peguam: Yang nak lot banglo, 300,000 Datuk aje. Berat sebelah. Tuntutan tak masuk akal. Melampau.

Aishah: Tidak.

Peguam: Datuk kata tanggungjawab penaja terhadap plaintif.

Peguam: Datuk tak saman Astro sebab takut kena gam.

Aishah: Ya saya tunaikan obligasi saya pada Astro. Lapan minggu kami tak dapat buat kerja lain. Penaja make us jump the band wagon. Obligasi saya pada Astro dan penaja. Penaja bagi hadiah straight forward. Astro dan penaja tunai apa sahaja yang dijanjikan.

Peguam: Datuk ada bukti apabila mengatakan BME syarikat yang dipandang tinggi. Itu spekulasi Datuk. Setuju?

Aishah: Dipandang tinggi, andaian dan spekulasi. Bukan. Ini perkara biasa. Bisnes deal. 8 minggu GV. BME dapat return of investment. ROI. Comman bisnes deal. Penaja dapat satu publisiti yang besar.

Tak setuju.

Ya tak ada kontrak tapi ada verbal agreement.

Peguam: Datuk ada bangkitkan harapan yang sah. Legitimate Expection. Ini ialah doktrin undang-undang, bukan pengamal undang-undang.

Hakim: Kalau tanya ini kepada saksi, tentulah dia confuse. Dalam rekod, jelas. Jawapan kepada pembelaan. Continue with your question.

Peguam: Dimasukkan di peringkat jawapan pembelaan. Anak guam saya tak dapat nak jawap. Dah terlepas.

Aishah: What is the market value, informasi. Seperti dalam kes berlian asli. The reasonable expection. Berlian bukan buatan manusia.
Sebut lot banglo, tak ada info. Setahu saya, legitimacy  di kawasan Selangor. Itulah jawapan dia.

Peguam: Asas tuntutan Datuk ialah kes pecah kontrak.

Hakim: Defendan gagal tunaikan obligasi tuntutan.

Di peringkat ini, Aishah yang ditekan oleh peguam defendan yang mengatakan tak boleh pakai Legitimate Expectation, Aishah serah kepada Tuan Izwan, peguambelanya untuk menjawab.

Peguam: Ganti rugi pengajaran tak layak diberikan, tak layak dimohon pun.

Aishah: Itu saya serah pada peguam saya.

Izwan: Video Astro Awani, Puteri Kasih dari mana dapat video-video ni?

Aishah: Melalui online dan accessible to public.

Izwan: Tadi rakan bijaksana kata, Datuk tak layak. Kenapa tender juga?

Public knowledge, fakta-fakta open to public knowledge. Blogger, online, tu semua news.

Izwan: Yang rakam muat naik bukan dari Bina Megah.

Telah diumumkan dalam pertandingan, salah satu hadiah ialah lot banglo oleh Bina Megah dan sudah diumumkan untuk pengetahuan orang ramai.

Izwan: Yang umum hadiah tu bukan Bina Megah. Tak setuju. Terangkan.

Dalam rancangan , ada penaja, ada kontrak dengan pihak penyiaran. Wakilkan penaja untuk disampaikan oleh pihak penyiaran. Saya percaya kalau penaja tak kata tak setuju taja hadiah itu, pihak penyiaran pun tak akan umum.

Verbal contract disaksikan oleh semua sebenarnya bila pengacara umumkan.

Izwan: Artikel muka surat 4 . Yang ditulis oleh Abang Nara. Saya rujuk muka surat 7 MStar Online. Ditulis Karami Hashim. Artikel oleh Abang Nara juga. Tiga artikel ni dapat kat mana?

Aishah: Dapat kat online. Tulisan ini untuk bacaan oleh public.

Izwan: Tadi rakan bijaksana saya ada sebut, penulis bukan wakil BME, tak kerja dengan Astro. Apa relevant Datuk masukkan ini?

Aishah: Itu public artikel. Tak ada isu yang viral, penaja tak setuju apa yg diumumkan oleh rancangan itu. Itu berita yg diambil dari pihak penyiaran dan ditulis oleh bloggers-bloggers ini.

Izwan: Lot tanah tak ada mention pun, explain sekali lagi, walaupun tak ada apa dijanjikan tapi tuntut.

Sebelum saya dapat tahu perjanjian terperinci Astro dan BME. GV rancangan yang ratingnya tinggi. Setiap minggu ada tambahan hadiah. Gah. Pengacara umum selain wang tunai 100k dan percutian ke Eropah, ada lot banglo. Saya teruja. Kalau mereka buat satu announcement, mereka tau apa yang mereka umumkan. Sebagai peserta, saya ada hak untuk menuntut apa yang telah diumumkan.

Jika ada pembetulan, boleh betulkan.

Pengumuman dibuat di peringkat semi final. Ada pembetulan, boleh alih. Lot banglo bunyi gah. Saya sebagai peserta, expect.

Izwan: Bukan ada obligasi. Yang nak betulkan, Astro yang salah, kata Peuam bela defendan.

Aishah: Sebagai pemenang ada verbal agreement antara saya, penaja dan Astro.

Aishah: Diam aje. Defendan tak ada tanggungjawab nak betulkan. Maknanya dia mengiyakan. Mereka membiarkan, maknanya mereka mengiyakan.

Izwan: Apa yang berlaku dalam 4 tahun.

Ini bukan tuntutan yang tamak. Saya sebagai pemenang, adik adik saya. Kami org kecil berhadapan org besar. Saya paling tua dalam GV. Cabaran utk sampainke mahkamah. Bulan semua org berani. Nk hadap dengan hakim, cross examnine. Tak bak diperkotak katikkan. Adik-adik. Akhirnya kami yang kecundang. Penaja dapat exposure. Kamu x tau apa detail. (Aishah sebak…)

Izwan: Dalam 4 tahun ini tak da dapat hadiah yang diterima.
Datuk cuba nak terangkan kepada mahkamah Nilai publisiti komersial, Datuk tak ada bukti. Tak ada dokumen. Apa nak explain kepada mahkamah.

Aishah: Setiap program, ada publisiti dengan menaja rancangan. Standard praktis. Lebih besar hadiahnya, lebih gah. Ditonton ramai, tau produk-produk. Promosikan syarikat atau produk yg dijual. Tak ada bukti tapi bagitau apa yang lazimnya berlaku.

Izwan: Cross refer surat penajaan di muka surat 20, seperti yang di cross examnine oleh rakan bijaksana. Antara isi kandungan,
BME akan menaja 3 pemenang GV4.

Masa surat penajaan wujud, pemenang belum ada. Tapi cakap termasuk saya.

Aishah: Ketika kontrak BME Astro tandatangan, belum ada pemenang. Saya pemenang. Ya, dalam surat ini 3 pemenang merujuk kepada saya.

Izwan: Doktrin Legitimate Expectation. Pada pemahaman Datuk, apa?

Peguam bela defendan: Saya tak tanya berdasarkan pemahaman. Not my question.

Hakim: Saksi boleh jawap.

Aishah: Apa yang saya harapkan, yang saya dapat, munasabah. Apa yang diumumkan. Salah satu hadiah tanah lot banglo. Commom person macam saya, bina rumah sebuah. Keluasan. Minimum kalau sebut keluasan lot banglo. Itu expectation saya yang paling munasabah.

Izwan: Rujuk kepada pencarian penilaian dibuat dan di cross examnine oleh rakan bijaksana kata, harga-harga mention kat sini tak boleh guna pakai sebab tak profesioanal. Tapi datuk tender juga dengan mahkamah.

Aishah: Berkait dgn Legitimate Expectarion. Apa value lot banglo di Johor dan Selangor. Kalau buat carian, inilah value yang boleh kita expect.

Izwan: Menekan dia. Ikatan pleading muka surat 10 dirujuk, Pyan Hakim. Para 20. Lot banglo mesti melebihi lot minima. Soalan minima nak sponsor 60k tapi 300k. Tak menekan. Tak berlebihan pun
Ini hak Datuk. Atau lot tanah banglo atau 300k.

Aishah: Berbalik pada Legitimate Expection. Carian market value carian, kita bagi ruang kepada penaja, lot banglo atau bayar 300k.

Izwan: Nilai carian lot banglo. Uar uar yang uar-uar tu Astro. Bukan BME yang uar-uarkan. Explain Astro ada hak nak uar uarkan, ada kontrak.

Aishah: Setahu saya standard practice. Stesyen penyiaran dgn penaja. Walau pun x da detail tapi mesti ada consent. Jika ada faktor yg x tepat Astro umumkan, BME boleh betulkan. Apa apa rancangan, tak dapat tengok penaja umum to be, would legally binding. Mesti ada pihak yg umumkan yang sampaikan hadiah tersebut.

Izwan: Sponsor, astro akan uar uarkan.

Peguambela defanden bagun bantah sebagai leading.
Hakim tolak bantahan.

Aishah: Saya telah cuba settle perkara ini melalui Astro. Kami diberitahu kena refer kepada penaja. Sebagai artis, tekanan nak saman stesyen lenyiaran amat berat. Mulanya… kata kami tamak, orang-orang penyiaran kata lupa diri, tak sabar, tak laku, orang dah bagi job pun dah bagus.

Akhirnya saya seorang yang sampai di mahkamah. Tuntut hak saya. Head on dengan syarikat penyiaran yang besar. Intimidating.
Kami diberitahu pegawai perhubungan Astro, leave to peserta to proceed tuntut dengan penaja.

Izwan: Banned, gam, boikot artis. Ulang statement ini oleh rakan bijaksana saya. Boleh terangkan pada mahkamah dan diboikot Astro 2 tahun.

Aishah: Isu berlian dan tanah, saya tak dijemput Astro walaupun saya juara musim keempat GV untuk buat persembahan di musim seterusnya. Musim kelima saya tak dijemput buat persembahan pembukaan.

Puan Hakim, saya hanya minta hak saya. 36 tahun saya dalam industri ini. Ada masanya kami orang kecil diperkotakkatikkan. Musim 4 paling senior, dikata. Tak nak jadi satu standard practice penaja, penyiaran..uar-uarkan hadiah yang gah. Tak dapat seperti dijanjikan. Saya  beranikan diri. Adik-adik tak berani. Selepas ini pun saya tak diundang. Saya percaya pada rezeki. Set precedent kes. Hormati obligasi mereka. Sepatutnya ada pemenang, ada SOP tentang hadiah . Selepas pertandingan. Kita hanya menuntut apa yang telah dijanjikan. Pengajaran kita hormati dan artis perlukan stesyen penyiaran dan penaja. Mohon apa yang dijanjikan ditunaikan.

Izwan: Kenapa berhak tuntut gantirugi pengajaran.

Aishah: To set a precedent case. Pengajaran kepada semua. Tunaikan janji. 4 tahun.. kalau nak bagi dah lama dibuat. Kalau kata saya demand, kenapa pemenang tempat kedua dan ketiga pertandingan tidak diberi hadiah.
Saya menang 2017. Saya hadapi pelbagai cabaran. Media sosial, tekanan saya hadapi, lalui. Saya tuntut hak saya. Saya tahu mereka tak sanggup nak harungi itu. Habis 6 tahun, tak lagi legally binding. Kerjasama, perlukan berikan hak kepada yang berhak, tetapkan hak kepada yang berhak.

Mahkamah berhenti rehat dan bersambung pukul 2.15 petang ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button