Nasional

Daripada group WhatsApp ke FB, rakyat kecewa dengan i-Sinar

DARIPADA platform aplikasi WhatsApp, bawa ke Facebook dan juga di akaun-akaun pemimpin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) rakyat meluah perasaan.

Puncanya kecewa dengan syarat yang dikenakan untuk pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhad kepada mereka terjejas pendapatan.

Terjejas pendapatan itu pula ada kriteria-kriteria tertentu perlu dipenuhi untuk tentukan layak membuat pengeluaran, bukannya one-off pun sebaliknya satu campur enam kali bayaran.

Sementara mereka yang tidak terjejas pendapatan pula, berkira-kira nasib sendiri jika terjadi apa-apa tidak diingini ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) ini.

Belum ada jaminan untuk reda walaupun vaksin akan diperolehi seawal pertengahan tahun hadapan, namun tidak semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada vaksin tersebut.

“Kita ini layak ke?”, “Macam tak dapat sahaja”, “Confirm tak lepas ini.”

Demikian ringkas antara mesej-mesej diterima pengguna aplikasi WhatsApp membalas perkongsian syarat mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP.

Sementara di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi reaksi gembira tidak sampai 1,000 orang pun setakat pukul 9.30 malam tadi.

Daripada 35,000 yang respon, 22,000 memberi tanda suka kepada status Najib Razak, 7,300 memberi reaksi marah dan 3,700 pula berasa sedih.

Seramai 1,300 memberikan reaksi terhibur, 366 terkejut, 129 tunjuk reaksi sayang dan 65 pula memberi reaksi jaga.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157528057245952

“Bersyarat? Kenapalah susah sangat hendak keluarkan duit kami yang disimpan berpuluh-puluh tahun dengan keadaan sekarang kami amat memerlukan simpanan.

“Tetapi nampaknya, cadangan Najib Razak, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) KWSP mengabaikan, memperlekehkan macam sampah.

“Kami rasa tibalah masanya rakyat bertindak luar batasan demi memperjuangkan hak kami. Ayuh rakyat kita berhimpun ramai-ramai di ibu pejabat KWSP esok pagi,” luah Mohd. Nazri Abdul Latif.

“Sangat mengecewakan, saya buat dua kerja tetapi satu sudah tutup. Hanya satu sahaja sumber, mana cukup untuk tampung, sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada penguranganc caruman.

“Kereta cari makan saya sudah jual sebab tak mampu hendak bayar bulanan,” kata Amri Zami.

“Tak ok, bayaran one-off secara automatik tanpa perlu dokumen kepada mana-mana ahli yang mempunyai baki dalam Akaun 1 lebih senang.

“Maksud terjejas ini luas, bukan semua terjejas boleh ditunjuk di kertas putih. Itu pun susah hendak faham, minta keluar duit sendiri sahaja. Tak minta kerajaan pinjam dekat bank dunia pun untuk bagi ke rakyat,” komen Mohd. Zareef Azhar.

“Sangat mengecewakan Datuk. Sedih yang amat hati ini sebab terlalu mengharap duit kita sendiri hendak keluarkan. Kami rakyat kena tipu macam itu sahaja.

“Datuk tolonglah bela nasib rakyat, kenapa KWSP tak buat auto kredit sahaja seperti yang memohon i-Lestari baru-baru ini. Sedih kecewa…tekanan,” luah Anna Shamsuddin.

Demikian di atas ini antara luahan yang letakkan pengguna Facebook dalam ruangan komen status Najib Razak yang memuat naik maklumat syarat pengeluaran i-Sinar petang tadi.

Tidak kurang juga pengguna yang melontarkan komen dan luahan di Facebook milik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Situasinya sama.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/4040365195993497

“Sepatutnya semua pencarum layak tanpa syarat sebab duit pencarum tetap hak pencarum…terpulang kpd pencarum sama ada nak ataupun tak.

“Cuba bayangkan bagaimana perasaan pencarum yang dah mencarum 20 tahun dgn gaji RM1,500 sebulan tetapi pendapatan tidak terjejas….cuma mampu dengar sahaja lah,” kata Salim Hani

“Rasanya perlu beri kepada semua pencarum yang memohon. Hadkan pengeluran RM10,000, tak perlu beri pilihan untuk keluarkan sampai RM60,000.

“Cukup RM10,000 untuk semua yang mohon..ramai terkesan walaupun yang masih bkerja,” cadang Ekin NorAisyikin.

“Kecewa sangat Datuk masih bersyarat. KWSP itu duit kami dan hak kami. Kenapa masih tak adil? Biarlah bahagi sama rata,” kata Mazwin Selamat.

Terdahulu KWSP mengeluarkan kenyataan mengenai syarat pengeluaran i-Sinar yang dibahagikan mengikut dua kategori satu dan dua.

Kategori satu, permohon boleh membuat permohonan tanpa dokumen sokongan, sementara Kategori Dua pula perlu mengemukakan dokumen sokongan.

Kategori satu  boleh mula memohon mulai 21 Disember ini sementara Ketegori Dua pula boleh memohon pada 11 Januari tahun hadapan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button