Nasional

Malaysia utamakan keselamatan, kaji kesan penggunaan vaksin Pfizer di UK

MALYSIA akan melihat keberkesanan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer apabila ia mula digunakan di Britain minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah yang diambil Britain itu membolehkan negara mempunyai masa untuk menilai sejauhmana kesan sampingan penggunaan vaksin itu ke atas rakyat negara itu sebelum digunakan di Malaysia.

Dr. Noor Hisham berkata, vaksin tersebut masih belum didaftarkan dengan badan kesihatan negara tersebut. Namun undang-undang Britain membenarkan penggunaannya ketika nergara itu berada dalam keadaan darurat.

“Mereka hanya menggunakan sebagai kecemasan. Jadi untuk darurat mereka telahpun membenarkan penggunaan vaksin itu. Tapi tak menjalani proses pendaftaran.

“Kita akan perhati dari sudut keberkesanan dan kesan sampingan. Di Malaysia kita tidak ada pengecualian pengunaan vaksin ketika darurat,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Britain hari ini menjadi negara Barat pertama meluluskan vaksin COVID-19 untuk kegunaan ramai, selepas mengumumkan bekalan ubatan Pfizer-BioNTech itu bermula minggu depan.

Kerajaan Britain menerima cadangan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) untuk meluluskan vaksin COVID-19 Pfizer-BioTech.

Vaksin tersebut boleh didapati di seluruh United Kingdom (UK) bermula minggu depan,” kata kerajaan Britain dalam satu kenyataan.

Keutamaan akan diberikan kepada penghuni rumah jagaan, petugas penjagaan dan kesihatan, warga emas dan golongan berisiko tinggi kesihatan.

Dr. Noor Hisham berkata, Malaysia akan mematuhi peraturan negara dengan melalui beberapa langkah sebelum vaksin itu boleh digunakan ke atas rakyat Malaysia.

Langkah pertama Malaysia akan meneliti laporan fasa ketiga ujian klinikal keberkesanan vaksin tersebut yang akan diterima minggu depan.

Vaksin terserbut juga perlu didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sebelum boleh digunakan.

“Kita kena lalui proses yang ditentukan dalam akta dan ini adalah untuk memastikan keberkesanan vaksin dan keselamatan.

“Kebimbangan banyak negara adalah kesan samping sama ada akan berlaku ataupun tidak. Kalau tiga bulan pertama lihat pengunaan di Britain memberangsangkan dan kurang kesan sampingan mungkin itu akan mengalakkan kita berkeyakinan guna vaksin itu,” jelas Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button