Politik

Dari kaca mata Suara Merdeka di Clarke

USAI Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, beliau keluar meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.

Kemudian dimaklumkan, satu sidang akhbar akan diadakan di bilik Clarke 1, Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang.

Wartawan Suara Merdeka, MOHAMAD ATHIR ISMAIL, bergerak dari Bukit Damansara menuju ke Hotel Le Meridien yang terletak di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

Kira-kira pukul 1.30 tengah hari tiba, para pemberita dari dalam dan luar negara sudahpun memenuhi bilik Clarke 1 yang terletak di Tingkat 6 hotel tersebut.

Masing-masing tersedia dengan kamera dan tripod yang sudahpun dipasang menghalakan ke arah meja utama dipenui mikrofon dan alat perakam di atas pentas.

Di anggarkan, petugas media yang ada dalam dewan adalah lebih ramai berbanding di hadapan Pintu 2 Istana Negara.

Dalam dewan tersebut juga terpampang dua skrin projektor yang memaparkan satu latar bertulis Sidang Media Anwar Ibrahim dengan logo parti PKR diletakkan di bahagian atas.

Kemudian kira-kira pada pukul 2.05 petang, Presiden PKR masuk ke dalam dewan diiringi Pengarak Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang berada di bahagian hadapan mempersilakan Anwar untuk naik ke pentas.

Anwar ketika itu hadir bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sebelah kanan dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, duduk di sebelah kiri.

Kemudian turut kelihatan beberapa pemimpin parti dalam gabungan Pakatan Harapan seperti Khalid Abdul Samad, Xavier Jayakumar Arulanandam dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hadir menyaksikan sidang akhbar tersebut.

Anwar kemudian memulakan sidang akhbar dengan ucapan salam kepada semua petugas media yang hadir.

Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera. Terima kasih ke atas kesudian saudara hadir, harap jaga jarak sosial, masalah Covid (Covid-19) kian meningkat, jadi kita ada tanggungjawab memelihara…

“Alhamdulillah, kita menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pekenan baginda menerima saya menghadap hari ini.

“Saya sukacita memerhatikan bahawa keadaan baginda sihat walafiat dan dapat berjalan dengan lebih tegap.

“Sepertimana saya janjikan dalam sidang akhbar pada 23 September yang lalu, saya telah tunaikan hari ini dengan mempersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli-ahli Parlimen menyokong saya.

“Dan sebagai hamba Allah, kita insaf dengan ujian yang kita lalui dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana di atas rahmat dan hidayah-Nya memberi kekuatan, kesabaran dan iltizam untuk kita meneruskan perjuangan membela nasib agama, bangsa dan negara tercinta ini.

“Saya pohon semua pihak memberikan ruang dan wewenang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini memanggil ketua-ketua parti mengesahkan dan juga mendapat input dan pandangan sebaiknya.

“Oleh itu soal hari ini bukan soal kemenangan sesiapa atau kekalahan sesiapa, tetapi memohon supaya kita dapat tegakkan suatu negara yang maju dan adil menangani malapetaka Covid-19 dan keduanya memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

“Baiklah persoalan yang dibangkitkan tentang kenyataan saya yang lalu yang menyatakan bahawa pentadbiran, Insya Allah sekiranya saya pimpin masih tetap majoriti muslim dan bumiputera, tetapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua rakyat warganegara tetap terpelihara. Terima kasih.”

Demikian tadi ucapan awal Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam sidang akhbarnya memberitahu reaksi pertemuannya dengan baginda, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Segala kenyataan beliau selepas ini adalah menjawab pertanyaan wartawan yang mengajukan soalan kepadanya.

“Dia mencecah lebih daripada 120, tetapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan.

“Yang di-Pertuan Agong ada ruang dan discretion, jadi saya ingat tidak wajar untuk kita pergi minta tarikh ataupun baginda tetapkan waktu untuk masa.

“Saya tadi maklum pada Tuanku kita akan bersabar, menggunakan kebijaksanaan dan ruang oleh Tuanku, cuma kalau saya berdasarkan perkembangan tertinggi saya masih beranggapan kerajaan Tan Sri Muhyiddin sudah jatuh.

“Dokumen sahih itu saya berikan secara kepada Yang di-Pertuan Agong, ada bentuk akuan bersumpah (SD), ada bentuk pengesahan dokumen ketua-ketua parti.

“Of course this opportunity to express my profound, gratitude and the position to His Highness Yang di-Pertuan Agong for granting me an audience and agree with opportunity to explain and present the relevant documents for his concern.

“These documents, it is abundantly clear we have a registered formidable and convincing majority among Parliamentarians.

“I would appeal to the Malaysian to exercise patience and wisdom and to allow the King to digest, decide based on the Constitution and the discretion of His Highness.

“Meanwhile, we must also remember Prime Minister, Muhyiddin Yassin has lost his majority and therefore would be appropriate for him to resign but our focus of course, again our concern of Covid-19 burdening to ensure that Malaysian economy grow and we have the impetus which is lacking and present both in a way to handle Covid-19 and also without clear definite plan of action to revive economy.

“There were some concerns and express due to my earliest statement on the 23rd about Malay Muslim of bumiputera Muslim majority in this country, I am just explaining the circumstances and the dictate of the present.

“But let me reiterate and categorically assure Malaysian at large that this is Malaysia and we have to accord right to every single citizen in this country.

“This is a public health issue and a security issue and I don’t think they should be clouded by political expediency. I am not making delegation I am just responding to the question.

“Yes? The King assured me no uncertain terms that he would that he would continue respectfully the Constitution and the spirit of the Constitution and I also reiterated the fact that he has discretion and he should be given adequate time to study and digest the papers, documents and to consult the other party leaders.

“So I think that’s it I am not in the position to then decide on behalf the King.

“Number one, this is an inclusive government, no political personal vendetta against anyone. Number two, which is very important to appreciate that I have already made it abundantly clear that we are committed to reform, to institutional reform, the judicial independence and to the rule of law.

“And there is no question about cutting deal with individuals as alleged by some quarters is completely irrelevant and irresponsible.

“No, what I assured them that there is no political vendetta there is going to be, but you must accept the due process and the rule of law and independent judiciary and not malicious prosecution as alleged.

“Itu tidak dibangkitkan.

“I have sent him an olive branch to say that we can discuss and we can accommodate if whatever  deemed necessary, but as of today there is no response.

“To the emissaries possibly part of it but I not at any direct communication with him.

“That is quite known the fact that he will consult the other party leaders and therefore he should be given time, we are not pressing him for any prompt decision.

“So I think that is what discriminatory powers is all about.

“Nanti senarai itu akan dikeluarkan.

“I think, I have said this is an inclusive government, I am not in the position to deny anyone to participate on the condition that they accept these policies and the parameters which is clear in terms of good governance and institutional reform.

“Saya sebut di sini, ruang ini diberi kepada semua. Baik, last…? Terima kasih banyak assalamualaikum…”

Demikian tadi soal jawab antara wartawan dan Anwar dalam sidang akhbarnya rentetan pertemuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Beliau kemudian terus bangkit untuk bergambar dan meninggalkan meja utama atas pentas.

Namun, dihujung pentas sebelum menuruni tangga, beliau telah dikalungkan bunga oleh seorang pemimpin yang tidak dapat dikenal pasti.

Mungkin bunga tersebut hendak dikalungkan jika benar Anwar berjaya membuktikan majoritinya dan menjadi Perdana Menteri selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Suara Merdeka juga menyediakan video yang disiar secara langsung menerusi Facebook. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button