Politik

DAP yang Ronnie mahukan bukan DAP yang saya sertai – Hannah Yeoh

“Ronnie Liu tidak mewakili saya. DAP yang Ronnie mahukan bukan DAP yang saya sertai,” kata Hannah Yeoh.

Bekas menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan itu berkata, beliau menyertai DAP kerana parti ini mempertahankan semua rakyat Malaysia.

“Saya tidak setuju dengan ucapan beliau. Apa budaya parti? Apa maksud mencairkan kecinaannya? Bukankah ini pemikiran sempit dan toksik?

[Petikan daripada kata-kata Ronnie di dalam artikel Malaysiakini : “DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina”]. OKSIMORON!

“Pengalaman saya dengan DAP mungkin lebih pendek berbanding penglibatan Ronnie tetapi saya nak katakan di sini bahawa pengalaman dan perjuangan saya di dalam DAP tidak sama sekali dengan kata-kata beliau. Cukuplah Ronnie,” kata beliau.


Hannah juga mempersoal apa sumbangan Ronnie semasa PH memerintah selain menghitung hari Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Bagi Ronnie, Tun M tidak pernah buat benda yang betul. Bagi Ronnie, Anwar tidak pernah buat benda yang salah,” sindir beliau.

Menurut Hannah, beliau telah lama tidak memperdulikan apa yang dikatakan Ronnie, tetapi kali ini beliau tidak dapat mendiamkan diri kerana Ronnie merosakkan apa yang diusahakan oleh para pemimpin DAP dalam mengikis stigma dan prejudis terhadap parti itu.

Ronnie Liew  tidak mewakili saya,” tegas beliau.

(Visited 159 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button