DAP dedah pilihan calon PM Pakatan Harapan Plus
DAP melalui Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke mendedahkan pilihan calon Perdana Menteri yang dibincangkan dalam Pakatan Harapan Plus yang merangkui DAP, PKR, Amanah, Bersatu dan Warisan.
Loke dalam satu temubual bersama Malaysiakini mendedahkan pilihan pertama adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun cadangan itu tidak dipersetujui oleh Warisan yang tetap mahukan Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.
Menuruk Loke, Warisan memilih Dr. Mahathir kerana percaya bekas Perdana Menteri itu boleh mendapatkan sokongan ahli Parlimen yang lain untuk membentuk majoriti.
Loke turut mendedahkan, Dr. Mahathir juga mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.
Kesemua isu tersebut itu dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung pada 9 Jun lalu dan sepatutnya PKR membuat keputusan mengenai pilihan itu semalam.
Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara terbuka perincian rundingan dalam “PH plus” kerana tarikh akhir 13 Jun untuk PKR sudah berlalu.
“Kini masanya untuk meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku.
“DAP sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Loke sehingga semalam beliau masih belum mendengar sebarang keputusan mengenai pilihan yang diambil oleh PKR-SM