pilihanPolitik

Dah tahu dah PAS nak dengan PN, pergilah, UMNO dan BN bergerak solo – Zahid

Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah dijangkakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang dibuat PAS Pusat menentukan tindakan UMNO bersama Barisan Nasioanl (BN).

“UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan ini (tindakan PAS Pusat), UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhaaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas tindakan PAS Pusat yang selama ini berteka-teki dan sering bermain tarik tali menjelang PRU-15.

Biar pun bergerak solo, Ahmad Zahid yakin UMNO dan BN mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button