Hiburan

Curang: Shuk minta maaf, kongsi video sedih bertemu anak-anak

AKHIRNYA selepas beberapa hari isu curang melibatkan pelawak dan penyampai radio, Shuk membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Di dalam status terbaharu Shuk di akaun Instagra miliknya, dia mengakui kesilapan yang dilakukannya dan memohon maaf.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan serta kesilapan saya. Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” katanya.

Di dalam status tersebut, Shuk turut memuat naik videonya meluangkan masa bersama dua orang anaknya.

Shuk dipercayai sudah beberapa hari tidak bertemu dengan anaknya.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis juga memberi sokongan moral terhadap apa yang sedang dihadapi Shuk di ruangan komen.

ada juga netizen yang memberi komen dan menyatakan sokongan terhadap permohonan maaf yang dilakukan Shuk.

Namun, ada juga yang terus membidas Shuk kerana kesilapan yang dilakukan oleh selebriti tersebut bukan sesuatu yang boleh dimaafkan semudah itu.

Sebelum ini, Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah membuat beberapa status pendedahan berkenaan kecurangan yang dibuat suaminya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status tersebut, Shuk didakwa berada di sebuah rumah yang didakwa rumah wanita bernama Fara Salleh yang mempunyai hubungan dengan Shuk sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Rossalennah telah mengetuk pintu rumah tersebut dan seorang wanita dipercayai Fara Salleh memberitahu yang Shuk tidak berada di rumah tersebut.

Wanita itu turut melemparkan kasut yang dimiliki Shuk yang berada di dalam rumahnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button