Pendidikan

Program TV Pendidikan masih tidak menyeluruh – Zahid

PROGRAM TV Pendidikan yang disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai semalam khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 masih tidak mencukupi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,peruntukan masa siaran pendidikan bagi tunjuan pembelajaran anak-anak di rumah tidak optimum kerana tidak merangkumi semua mata pelajaran.

“Mengapa tidak menggunakan salah satu stesen TV milik kerajaan secara maksimum supaya bersifat seperti kelas.

“Ada jadual kelas perlu diikuti pelajar di kaca TV. Ia sebagai tambahan kepada pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Ibu bapa akan memastikan anak-anak mereka mengikuti jadual kelas yang telah ditetapkan di televisyen,” kata Ahmad Zahid.

Program TV Pendidikan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dari pukul 3.00 sehingga 5.00 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.

Serta pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Presiden UMNO itu mencadangkan agar satu saluran digunakan sepenuhnya untuk sekiranya slot tidak mencukupi untuk pendidikan semua matapejaran.

“Jika slot tidak cukup untuk cover kebanyakan matapelajaran, pengendali TV bukan milik kerajaan diminta menyumbang salah satu saluran mereka untuk digunakan sepenuhnya bagi tujuan sama,” katanya.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan adalah sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan.-SM

 

 

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button