Nasional

COVID-19: Wad Paediatrik Hospital Selayang ditutup

SELEPAS dua kakitangan dijabatan berkenaan disahkan positif COVID-19, semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi dalam satu kenyataannya memberitahu, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau pendaftaran kemasukan baharu pesakit ke semua wad Paediatrik.

“Dukacita dimaklumkah terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.

“Kami tidak akan menerima sebarng rujukan atau kemasukan peskit baharu ke semua wad dan pesakit sedia ada, tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai,” katanya.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta menolak semua kes paediatrik ke hospital lain.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan, 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Ia menjadikan jumlah kumulatif, 1,030 kes. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button