fbpx


Nasional

MAIPs siarkan panduan pengurusan jenazah pesakit COVID-19

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengumumkan pelanjutan tempoh pemberhentian aktiviti di masjid dan surau di seluruh negeri Perlis selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan atau mana-mana tarikh yang bakal diumumkan semula.

Pengumuman ini dibuat semalam bagi menyelaraskan tempoh masa pemberhentian sementara sebarang aktiviti di masjid dan surau termasuklah solat jemaah dan solat jumaat supaya selari dengan PKP yang tamat pada 31 Mac 2020 atau pada apa-apa tarikh yang bakal diumumkan bertujuan menyekat penularan pandemik wabak COVID-19 demi kepentingan bersama.

Untuk rekod, Perlis telah menjadi negeri pertama yang mengumumkan pembatalan solat jumaat pada 13 Mac lalu melalui perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs yang telah diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, selain merupakan negeri pertama memulakan penutupan masjid dan surau selama 2 minggu pada 16 Mac yang sepatutnya berakhir pada 29 Mac 2020.

Pengumuman ini sekaligus, menyerahkan kepada pihak Kerajaan dalam menentukan tarikh yang sesuai PKP atau perintah sekatan lain bagi menyekat penularan wabak.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan mengumumkan panduan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 muslim di negeri Perlis berdasarkan panduan dan irshad Jabatan Mufti Negeri Perlis.


Melalui titah perutusan Baginda yang disiarkan oleh pihak MAIPs, memaklumkan panduan seperti berikut :

a. Tajhiz janaiz (pengurusan jenazah) bagi memandikan dan mengkafankan hendaklah diuruskan di hospital atau di mana-mana premis yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dengan nasihat dan panduan keselamatan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia;

b. Pengurusan hendaklah dilaksanakan dengan pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) kerana terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia yang menguruskannya. Dalam hal ini, dibolehkan jenazah diuruskan melalui proses yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya iaitu dengan melaksanakan tayammum pada bahagian muka dan pergelangan tangan di beg jenazah atau pembalut plastik yang membaluti jenazah tersebut.

c. Proses kafan adalah memadai dengan balutan kain yang telah dilaksanakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia pada jenazah berkenaan.

d. Solat Jenazah hendaklah ditunaikan dengan kehadiran Imam dan beberapa ahli keluarga terdekat sahaja sebagai memenuhi kewajipan fardhu kifayah.

Show More

Related Articles

Back to top button