Nasional

COVID-19: Peningkatan kes merupakan kejayaan mengesan, bukan kegagalan

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan peningkatan kes COVID-19 beberapa hari lalu bukanlah satu kegagalan sebaliknya satu kejayaan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, peningkatan kes tersebut kerana kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan pandemik tersebut.

Menerusi pelaksanaan PKPD, Kementerian Kesihatan telah berjaya melakukan saringan terhadap penduduk dan mengesan mereka yang positif COVID-19 untuk dikuarantin dan dirawat.

“Bukan disebabkan kegagalan tapi satu kejayaan untuk kita masuk ke kawasan yang disyaki yang ada kes mendadak di kawasan tersebut dan terus membuat ujian saringan aktif. Kita buat ujian, isolasi dan rawatan.

“Jadi bila kita berjaya mengesan kes-kes positif bermakna ada pertambahan kes. Pertambahan tak banyak lebih kurang dalam 160 hingga 200 lebih kes. Kita tidak ada lagi kes sampai meningkat mendadak sampai 300 kes contohnya,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Melalui aktiviti yang berkesan serta pelaksanaan PKP dan PKPD membuahkah hari ini apabila kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 85 kes. Manakala jumlah mereka yang telah sembuh lebih lebih separuh iaitu  2,647 orang atau 52.18% daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu  5,072 kes.

Dr. Noor Hisham juga berkata, laporan daripada negeri juga menunjukkan kes COVID-19 telah berkurangan termasuk di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut beliau, selain 28 kluster kecil yang diberi tumpuan, KKM juga kini menyasarkan untuk membuat ujian saringan terhadap pelajar-pelajar madrasah tahfiz.

“Setakat ini kita dapat maklumat iaitu ada 8,616 pelajar tahfiz. Setakat ini kita telah saring 1736 pelajar.

“Mereka yang ada di madrasah kita telah saring. Namun kebanyakan mereka telah pulang ke rumah sebelum PKP. Kes yang positif ialah 217 kes lebih kuang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan,” kata dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button