Nasional

COVID-19: NGO perlu aktif beri cadangan positif kepada kerajaan negeri

PENGERUSI badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, NGO di Melaka perlu aktif membantu kerajaan negeri dengan memberi cadangan atau pandangan positif dalam apa juga aspek atau isu, bukan hanya mengkritik khususnya berkenaan situasi Covid-19.

Dr. Mustapha berkata, pendekatan itu bukan sahaja membantu kerajaan negeri menambah baik sistem atau dasar sedia ada tetapi juga untuk manfaat negeri dan kebaikan rakyat.

“Salah satu cadangan yang boleh diberi fokus ialah menghidupkan semua tarikan pelancongan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti.

“Atau anjurkan program bertaraf antarabangsa untuk menarik kedatangan pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

“Pertandingan berpidato bahasa Melayu antarabangsa juga boleh dipertimbangkan.

“Ini kerana ia merupakan program yang menarik dan mempunyai kelainan tertentu yang boleh menarik pelancong,” kata Dr. Mustapha dalam kenyataannya semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut dikemukakan ketika membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Mengulas mengenai kunjungan hormat itu, Mustapha berkata, perbincangan fokus kepada isu global dan serantau melibatkan ekonomi dan Covid-19.

Banyak industri terjejas seperti pelancongan, perhotelan, hartanah dan industri lain yang saling berkait terkesan dengan penularan pandemik COVID-19, kata beliau.

Dan sesuatu yang baharu perlu dilakukan menerusi pelan pemulihan baharu ekonomi, kata Dr. Mustapha dalam kenyataan yang sama. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button