Politik

Covid-19: Najib gesa Mohd. Shafie ketepi perbezaan politik

KRISIS pandemik Koronavirus (Covid-19) di Sabah wajar diambil iktibar antara kedua-dua pihak di negeri itu dan mengenepikan perbezaan politik.

Ia susulan terdapat penduduk yang tidak menerima bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri Sabah selepas seluruh negeri itu diisytihar sebagai zon merah.

Terutama di kawasan yang diwakili oleh bekas Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal iaitu Parlimen Semporna.

Ini kerana di kawasan tersebut, dilaporkan hampir separuh penduduk di sana yang memerlukan tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada kerajaan.

“Harap Shafie dan geng dia yang menang di parlimen Semporna mampu ketepikan perbezaan politik dengan kerajaan baru PN-BN (Perikatan Nasional – Barisan Nasional) buat sementara masa.

“Senarai penduduk sana digunakan kerajaan Sabah untuk menyalur bantuan adalah list lama yang diwaris dari kerajaan Warisan dahulu.

“Akibatnya, hampir separuh penduduk Semporna yang memerlukan bantuan makanan mengadu tidak menerima bantuan bekalan makanan kerajaan.

“Harap wakil-wakil rakyat Warisan di sana buatlah sedikit kerja update senarai tersebut untuk diserahkan kepada kerajaan Sabah.

“PKPDB (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar) di Semporna sudah berjalan selama tiga minggu. Jangan biar warga Malaysia kelaparan.”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak supaya sengketa politik dihentikan sementara kebajikan rakyat terus dapat dibela ketika krisis kesihatan melanda.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan di Kuala Lumpur, beliau juga menasihatkan orang ramai yang pernah berkunjung ke pusat beli-belah 1Utama supaya menjalani saringan.

Menurutnya, kluster di pusat beli-belah yang terletak di Bandar Utama, Damansara itu meningkat kepada 105 kes positif Covid-19.

“Dilaporkan semalam juga bahawa 3 pengunjung mall tersebut telah disahkan positif.

“Harap mereka yang pernah melawat ke sana dan percaya mereka telah terdedah kepada risiko dijangkit Covid akan berhubung dengan pengurusan shopping mall tersebut.

“Atau kementerian kesihatan untuk langkah seterusnya termasuk untuk disaring,” katanya. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button