Ekonomi

Revenue Monster bantu peniaga rangsang perniagaan ketika PKPB

SYARIKAT penawar perkhidmatan pendigitalan perniagaan, Revenue Monster mahu tampil membantu peniaga dalam menghadapi impak perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Syarikat teknologi kewangan itu menawarkan penyelesaian kedai dalam talian pertama dan satu-satunya dalam negara yang benar-benar menyokong perniagaan tempatan.

Tidak seperti tawaran lain di pasaran yang mengenakan yuran perkhidmatan tinggi bagi setiap pesanan kepada peniaga mereka.

“Perkhidmatan à la carte  Revenue Monster menawarkan penyelesaian tanpa sebarang yuran langganan, pengendalian atau perkhidmatan.

Ini semua adalah usaha bagi menyokong pemilik perniagaan menyimpan semua keuntungan mereka terutamanya dalam keadaan persekitaran ekonomi yang semakin tidak menentu hari ini.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih 4,500 perniagaan terpaksa tutup disebabkan penurunan mendadak dalam pendapatan.

“Dengan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini, keadaan mulai suram sekali lagi untuk peniaga-peniaga tempatan.

“Disebabkan ini, kami ingin melakukan sesuatu yang dapat memberi pendapatan yang lebih besar kepada perniagaan tempatan.

“Lebih penting, kami tidak mahu hanya bercakap besar; kami benar-benar mahu melakukannya. Inilah sebabnya mengapa kami mereka bentuk à la carte dengan cara yang benar-benar mengutamakan perniagaan tempatan.”

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster. Amanda Chin dalam satu kenyataannya mengenai cabaran peniaga dalam PKPB yang mula dilaksanakan semalam.

Tambah beliau, pendigitalan perniagaan boleh diintegrasikan ke dalam sistem point of sales (POS), terminal dan aplikasi pedagang Revenue Monster, à la carte merevolusikan proses pendigitilan untuk perniagaan.

Dengan memberi mereka peluang menbina kedai dan menu digital dengan cepat yang akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai pilihan operasi dari layanan tanpa sentuhan di premis, pandu lalu, pengambilan dan penghantaran.

Perkhidmatan à la carte Reveue Monster membolehkan perniagaan mempromosi, menjual dan menyelesaikan transaksi secara dalam talian.

Ia juga  memanfaatkan pilihan penghantaran dalam  talian dari rakan kongsi termasuk  Mr.Speedy  dan Grab Express, untuk membolehkan peniaga mengintegrasikan penghantaran semasa proses pendigitalan mereka.

Dalam pada itu, Amanda menambah, beliau memastikan keuntungan dan kelangsungan perniagaan dalam situasi semasa sudah cukup sukar dan ini situasinya sebelum mengambil kira penyedia-penyedia perkhidmatan yang memotong sebahagian besar pendapatan daripada peniaga.

“Apabila kami mengatakan kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan, kami benar-benar memaksudkannya.

“Dengan pengetahuan dan kepakaran teknologi, kami mengurangkan kekusutan bagi mempermudahkan perniagaan dan membolehkan transformasi digital yang lancar.

“Bila ia berkaitan dengan à la carte,  sekarang segalanya tertumpu kepada membantu peniaga-peniaga melalui tempoh masa yang sukar ini.

“Oleh itu, kami tidak mengenekan sebarang komisen atau bayaran kepada peniaga kami,” katanya. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button