Nasional

Covid-19: Matlamat ratakan lengkung berjaya – Najib

MATLAMAT kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meratakan lengkung graf jangkitan disifatkan berjaya.

Hal demikian ekoran kes harian mencatatkan tren penurunan pada minggu lalu, walaupun tiga hari kebelakangan ini menunjukkan peningkatan.

[BACA] Kit Siang tak sabar tunggu sidang Parlimen — Suara Merdeka

Namun itu bukan sesuatu yang perlu ditakutkan seperti mana peningkatan ketika PKP pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, situasi yang dialami negara tidak seperti dahulu. Punca dan kluster jangkitan diketahui.

Malah katanya, jumlah kes baharu Covid-19 setiap hari juga tidak memberi gambaran sebenar situasi pandemik dalam negara.

“Ramai yang kecewa bahawa jumlah kes baharu sebanyak 122 yang direkodkan semalam masih tinggi.

“Sekarang, kita tahu bahawa daripada 122 kes baru semalam, 52 import, 24 hasil saringan dikawasan PKP Diperketatkan (PKPD) dan bagi 46 kluster yang dikenalpasti,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah jangkitan harian ke Covid-19 meningkat 122 berbanding 105 sebelumnya.

[BACA] Covid-19: Jepun lanjut perintah darurat — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Singapura catat kematian ke-18 — Suara Merdeka

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tambah Najib, negara kini juga dilihat lebih bersedia menghadapi Covid-19 berbanding sebelum PKP fasa pertama dilaksana.

Katanya, pelbagai kemudahan dan kelengkapan sudah ditambah baik oleh kerajaan termasuk kemampuan mengenalpasti kawasan-kawasan ‘hot spot’.

“Perbezaan situasi dan kemampuan kerajaan untuk membendung Covid-19 antara sebelum PKP fasa 1 bermula dan sekarang adalah amat besar.

“Dahulu, kapasiti membuat saringan cuma 3,500 sehari. Kini, dah naik ke sekitar 20,000 saringan sehari.

“Dahulu, kita hanya membuat ujian Covid ke atas pesakit yang menunjukkan gejala. Kini, kita melakukan saringan aktif terutama untuk mereka yang berada dalam zon-zon PKPD.

“Dahulu, kita cuma ada 219 unit alat bantuan pernafasan untuk pesakit yang paling kritikal. Kini, kita berjaya sediakan 1,443 unit,” ujarnya.

[BACA] PKPB saksikan ramai beratur di pajak gadai — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Pekerja warga asing wajib jalani saringan kesihatan – Ismail Sabri — Suara Merdeka

Menurut beliau lagi, penambahbaikan itu menyumbang kepada jumlah kes kritikal tidak naik mendadak seperti permulaan PKP. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button