Belang Bertempat

Covid-19: Hanya salah seorang individu sahaja…

LUPAKAN apa yang berlaku di Sabah dari 12 September hingga 26 September lepas.

Hanya kerana kesalahan satu dua individu sehingga membawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tak menang pun si pembubarnya, Covid-19 naik mencanak.

Yang lepas mahu dikesalkan, tiada gunanya. Risaukan yang akan kita hadap ini.

Kebimbangan hari ini bukan terarah pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKPP (Pemulihan) lagi atau Diperketatkan, tapi sekarang setelah tamat moratorium pun tahu ramai yang sudah senak tiada duit.

Yang akan jadi masalah besar adalah kalau sikap kita yang “just ignorant” dan pentingkan diri sendiri.

Anda boleh pilih untuk gelombang ketiga atau “continue flatten the curve”.

Kalau Belang bersembang dengan frontliners, ada satu dua perangai segelintir orang kita semasa PKP 1,2,3 dan 4

1. Tak bercakap benar dengan staf kesihatan. Kata tiada risiko, sekali datang satu geng staf kesihatan kena kuarantin.

2. Kita dok terpacaklah bawah matahari berbalut PPE bermandi peluh nak screening tanya soalan sebelum masuk pagar klinik. Soalan pun tak habis tanya, dia sudah cakap “takde takde”. Apa hal, soalan tak habis tanya kau dah cakap tak ada?

3. Kita dok buat pangkah lah pada tempat duduk, jangan bagi duduk sebab nak social distance. Tapi akhirnya dia duduk juga sebab tidak ada tempat duduk. Ini faham konsep ke tak ni?

4. Yang ‘kluster kayangan’, kluster tak berapa nak kayangan itu yang tak bagi kerjasama semasa kami bekerja, ini kategori apa ni?

5. Yang kalau pergi pasar raya, penatlah orang sana buat garisan suruh korang berdiri ikut garisan untuk social distance, akhir sekali berdiri rapat-rapat juga kan?

6. Ada orang banding-bandingkan pasal jumpa orang semasa pergi kerja vs balik kampung? Ini faham tak konsep kalau tak kerja nanti duit pun tak ada? Nak makan apa ? Pasir? Semua orang nak balik kampung tapi terdesak sangat kah? Ini keperluan atau kemahuan. Tolong bezakan

Jadi, kongsi beberapa orang di baris hadapan kepada Belang, sebenarnya yang merisaukan bukan PKPB, yang membimbangkan ialah sikap masyarakat yang “just ignorant”, pentingkan diri sendiri.

Masalahnya penyakit Covid-19 ini, anda perlu seorang sahaja individu yang positif dan kurang bijak ignorant serta pentingkan diri sendiri..

Bayangkan si polan ini dia nak juga pergi membeli-belah di Seksyen 7 Shah Alam. Dia menyembunyikan hal yang dia ada contact dengan si polan lain yang positif Covid dan dia pun ignorant sangat.

Sepatutnya dia pergi ke klinik, tapi dia tak buat, “covidiot” agaknya. Nafsu membeli-belah dia lagi membuak-buak, maka dia terjah kedai tudung, pusing lagi premis popular di situ dan lepak di restoran nasi kandar. Selepas itu, sambung beli jubah pula.

Tiga hari selepas itu dia demam batuk, kemudian pergi ke hospital dan disahkan positif Covid.

Anda rasa berapa contact dia semasa membeli-belah sana sini? Tak beratus? Beribu? Itu tak masuk kalau tiba-tiba dia sambung ‘tawaf’ Bangi Sentral pula.

Anda tak rasa ke banyak lagi kedai yang akan ditutup?

Hanya kerana kesalahan seorang individu sahaja. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button