Politik
Trending

Azmin, Hamzah positif Covid-19?

BERLEGAR-LEGAR dalam media sosial, Twitter mendakwa dua Ahli Kabinet dipercayai positif wabak Koronavirus (Covid-19).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dikhabarkan dijangkiti wabak pandemik itu.

Berita berkenaan sengaja disensasikan sambil mendakwa Ahli Parlimen Gombak dan Larut itu dikatakan enggan menaiki ambulans untuk pergi ke hospital.

Walau bagaimanapun, berita tersebut dinafikan Setiausaha Akhbar Hamzah Zainuddin, Zulkfli Bujang yang memaklumkan keputusan ujian saringan Hamzah adalah negatif.

“Beliau sudah menjalani dua kali ujian saringan Covid-19 yang pertama ketika pulang dari Sabah dan kali kedua pula bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkfli Al Bakri.

“Oleh demikian, putusan kedua-dua ujian tersebut menunjukkan tanda negatif.

“Bagaimanapun, beliau mengambil inisatif untuk menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka malam ini.

Sementara, Pegawai Khas kepada Mohamed Azmin, Dr. Afif Bahardin  turut menafikan maklumat yang tular itu dan mendakwanya sebagai berita palsu.

Beliau ketika dihubungi menegaskan Mohamed Azmin kini sihat dan menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah.

“Itu semua fake news beliau ada di rumah sihat dan sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari kerana baru pulang dari Sabah.

“Banyak ujian saringan yang dijalaninya semua menunjukkan keputusan negatif.

“Beliau juga dijadualkan akan menjalani satu lagi ujian saringan sebelum tempoh kuarantinnya tamat,” jelasnya.

Terdahulu beberapa ahli politik termasuk Zulkfli Al Bakri disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, beberapa Anggota Mesyuarat Kabinet termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikannya pada minggu lalu menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri.

Zulkifli Al Bakri bagaimanapun dibawa ke hospital semalam untuk menjalani rawatan.

Petang tadi, Muhyiddin memaklumkan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan walaupun berlaku peningkatan kes baharu sehingga 691 orang.

Ini kerana menurut beliau, kerajaan kini mampu membuat ujian saringan, mengesan kontak rapat dan merawat pesakit Covid-19 – SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button