COVID-19 di Turki: Lebih 1,600 kes baharu, 1,000 kes pulih
LEBIH 1,600 kes baharu Covid-19 dikesan di Ankara, Turki manakala lebih 1,000 kes pulih dilaporkan semalam, lapor Agensi Anadolu.
Ciapan Menteri Kesihatan Turki berdasarkan fakta Kementerian Kesihatan, Fahrettin Koca di Twiteternya, jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini mencecah 288,126 dengan 1,671 kes baru.
Menurut beliau, 1,117 lagi pesakit Covid-19 sembuh dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan seramai 256,524.
Angka korban meningkat sebanyak 56 orang menjadi 6,951, tambahnya.
Selain itu, lebih 112,213 saringan Covid-19 dilakukan menjadikan setakat ini lebih 8.3 juta ujian sudah dibuat.
Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal pula dilaporkan seramai 1,223 orang.
Sementara itu, di seluruh dunia, Covid-19 meragut hampir 910,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak Disember lalu.
Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia kekal negara paling teruk terjejas.
Menurut data Johns Hopkins University, lebih 28.2 juta kes Covid-19 dilaporkan di dunia dengan pemulihan lebih 19 juta orang. – SM