Nasional

Covid-19: Anggota keselamatan negara masih mencukupi

SUSULAN sejumlah anggota keselamatan dilaporkan sedang dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, ramai yang mula menyatakan kerisauan terhadap kawalan keselamatan di negeri masing-masing.

Namun Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.

“Jika ada kes di sesuatu tempat dan anggota di situ berkurangan, kita akan tambah dengan anggota dari kawasan lain untuk membantu.

“Rakyat tidak perlu bimbang. Anggota keselamatan negara masih cukup dan bersedia untuk berada di kawasan yang terkesan dengan kekurangan anggota akibat Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian ini.

Sebelum ini, Menteri Dala Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu lebih 10,000 pegawai dan anggita polis dikuarantin manaka 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Hamzah berkata, kadar jangkitan terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tinggi telah membantutkan keupayaan serta kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Beliau berkata pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah kepada wabak Covid-19 kerana mereka berada paling hampir dengan rakyat, yang belum dipastikan tahap jangkitan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button