Nasional

Keperluan bantuan makanan di Pulau Omadal akan dinilai

KERAJAAN akan menguruskan bantuan makanan ke penduduk di Pulau Omadal, Sabah yang didakwa tidak berada di dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebenarnya hanya kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sahaja yang akan diberi bantuan makanan.

“Kita beri bantuan ke kawasan PKPD kerana mereka tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti ekonomi sekali gus menyukarkan penduduk di situ mendapatkan makanan.

“Pulau Omadal pula tidak terletak di bawah PKPD dan mereka sebenarnya bebas untuk menjalankan sebarang aktiviti ekonomi,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, disebabkan itu juga bantuan makanan tidak disalurkan kepada penduduk di Pulau Omadal.

Namun menurut Ismail Sabri, kerajaan akan sampaikan perkara tersebut kepada pusat pengurusan bencana di Saah untuk melihat jika mereka perlu bantuan.

“Mungkin kawasan di situ daif sekali gus memerlukan bantuan yang terletak di bawah kategori yang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, wujud dakwaan penduduk di Pulau Omadal mengalami kesusahan dan tidak mendapat bekalan makanan ketika Sabah diletakkan dalam PKPB sejak beberapa minggu lalu. -SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button