Hiburan

COVID-19: Anak seni, artis, siapa ambil peduli?

DALAM keadaan negara dilanda wabak COVID-19, keluh kesah dan perasaan gundah gulana bukan hanya dirasai oleh mereka yang berada di barisan hadapan.

Tidak kiralah siapa yang tergolong dalam barisan hadapan kerana setiap seorang daripada kita merasai kegusaran dalam peringkat tersendiri.

Bercakap pasal anak-anak seni atau istilah paling mudahnya, artis, reaksi yang diterima adalah pelbagai. Siapa yang duduk di dalam ‘dunia’ anak seni, hanya mereka sahaja yang memahami susah payah mencari rezeki menerusi bidang seni.

Bagi mereka yang hanya melihat dari luar, tidak akan faham dan rasa kerana beranggapan, artis itu glamer. Menjadi artis, zaman kegemilangan, zaman banyak job, banyak tawaran adalah zaman bermewah-mewahan.

Tetapi tiada siapapun yang tahu bahawa menjadi anak seni ini, sama seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sama sahaja dengan Makcik Kiah goring pisang yang hidup di PPRT.

Related Articles

Bukan semua anak seni atau artis di Malaysia, kaya raya dan hidup mewah. Makan makanan yang sedap-sedap di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Bukan semua karyawan seni yang berkerja dalam produksi penggambaran drama atau filem, mendapat bayaran lumayan.

BACA:

Kerja dari pagi sampai ke tengah malam, ada isteri, ada anak-anak, ada keluarga untuk disara tetapi bayaran yang diterima bukanlah sebanyak mana pun. Cukup untuk menampung keperluan hidup.

Kenapa tidak ada yang melihat kesusahan satu kelompok anak seni yang tidak meminta-minta tetapi lebih kepada berusaha untuk meneruskan kehidupan dalam cabaran wabak COVID-19?

Baru-baru ini, di dalam media sosial Facebook, ada luahan yang memaklumkan, kru-kru produksi yang terjejas, tidak ada job, tidak boleh nak shooting kerana wabak yang menular ini, dihalau ketika berbaris untu mengambil makanan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Walaupun tidak mahu diperbesarkan isu kru-kru dihalau oleh pihak penguatkuasa yang menjalankan tugas kerana sudah ada Perintah Kawalan Pergerakan, namun kru-kru produksi ini memerlukan bantuan makanan.

Mungkin pihak penganjur tidak berpengalaman mengendalikan situasi yang mana mereka sepatutnya memberi peringatan kepada kru-kru yang ingin mendapatkan bantuan agar membuat kaedah PANDU LALU, bawa kenderaan, ambil makanan dan terus berlalu pergi.

Atau pun berbaris dalam jarak satu meter, ambil makanan dan terus pulang. Tak perlu bersembang. Nak sembang, tunggu wabak COVID-19 ini reda.

Golongan artis yang bukan kaya, tidak mewah, tidak bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk di Instagram rumah besar, kereta besar menjalar di atas jalan raya, mereka juga memerlukan bantuan tetapi tidak perlu dijadikan isu dengan pertanyaan, perlukan diberikan keistimewaan?

Golongan artis tidak kaya dan tidak mewah ini tidak pernah pun meminta untuk diberikan keistimewaan tetapi mereka akan lebih bersyukur dan berterima kasih sekiranya ada pihak khususnya persatuan yang tampil bertanya khabar.

Sambil bertanya khabar, hulurkan bantuan. Golongan artis yang kategori veteran mungkin memerlukan bimbingan untuk mengetahu, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas.

Kata Perdana Menteri dalam ucapannya, tiada seorang pun yang dicicirkan dalam pakej rangsangan ini… NO ONE IS BEING LEFT BEHIND.

Jadi, kelompok artis yang tidak mewah dan tidak berharta, tidak ditinggalkan ke belakang.

Beruntunglah artis-artis yang mewah, berwang dan mampu melalui kehidupan sehari ke sehari tanpa rasa bimbang, duit yang ada di tangan semakin menipis.

Duit yang disimpan umpama bukit yang ditarah setiap hari, lama kelamaan akan jadi gondol.

Nak mengharapkan artis kaya bantu artis kurang berkemampuan? Ada, bukan tak ada, tapi ada di dalam kaca televisyen atau ilusi.

Sekarang, dalam keadaan kita semua cuba untuk meneruskan kehidupan penuh cabaran, renung dan pandanglah kea rah kelompok anak seni, karyawan seni, artis yang BUKAN KAYA, TIDAK MEWAH.

Jenguk-jenguklah back line musicians yang income mereka, ada undangan, ada bayaran.

Tengok-tengoklah kru produksi: soundman, lighting, boom, make up artis, runner yang bukan glamer tetapi orang penting di belakang kamera yang juga perlu makan dan minum-sama seperti kita semua.

Jangan kita pentingkan diri, jangan kita mengata secara sembrono kalau kita tidak duduk dan berada dalam situasi mereka. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button