Hiburan

Covid-19: Amitabh Bachchan dibenarkan balik rumah

3 minggu jalani rawatan di Hospital Nanavati

SELEPAS tiga minggu mendapat rawatan, akhirnya aktor tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi perkongsian di akaun Twitternya, Amitabh memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang selepas dikuarantin sebelum ini kerana disahkan positif Covid-19.

Amitabh turut berkongsi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Nanavati, beliau dijaga rapi oleh petugas kesihatan di pusat perubatan itu sehingga dia disahkan pulih sepenuhnya.

“Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian di rumah.

“Saya juga bersyukur atas penjagaan rapi oleh kakitangan Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan (hidup)  hari ini,” jelasnya.

Amitabh sebelum ini disahkan positif Covid-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.

Terdahulu, Amitabh dan anak lelakinya, Abhishek disahkan positif dan sehari kemudian menantunya, Aishwarya Rai dan cucunya, Aradhya juga disahkan dijangkiti virus itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibenarkan discaj lebih awal berbanding Amitabh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button