Hiburan

Covid-19: Aishwarya Rai dan anak perempuan sesak nafas, dikejarkan ke hospital

BINTANG Bollywood dan bekas Miss World, Aishwarya Rai Bachchan dipindahkan ke sebuah hospital di Mumbai bersama anak perempuannya berusia 8 tahun, hampir seminggu selepas mereka disahkan positif Covid-19, menurut laporan media.

THIS is what Aishwarya Rai Bachchan has to say about paparazzi ...

Suaminya, pelakon Abhishek Bachchan dan bapa mentuanya, Amitabh Bachchan sudah dimasukkan ke hospital yang sama.

Setakat ini, di India, individu berprofil tinggi yang dijangkiti Covid-19 termasuk dalam catatan lebih 1 juta kes dijangkiti pendemik itu.

Aishwarya dan anak perempuannya, Aaradhya dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu.

Mereka menjalani kuarantin di rumah tetapi akhbar Times of India melaporkan, mereka dipindahkan ke Hospital Nanavati semalam selepas mengadu sesak nafas.

“Mereka baik-baik saja,” kata sumber hospital kepada agensi berita Press Trust of India.

Amitabh Bachchan, 77, dan anaknya Abhishek, 44, berada di wad pengasingan. Ketika dimasukkan ke hospital, kes mereka diklasifikasikan sebagai “ringan”.

Tidak ada kemas kini mengenai kesihatannya tetapi Amitabh sering menghantar mesej melalui Twitter.

“Pada saat bahagia, pada masa sakit, anda paling dekat dan menyayangi, peminat menyayangi kami tanpa henti,” katanya, semalam.

Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan tested for Coronavirus ...

Untuk rekod, Aishwarya memenangi Miss World pada 1994 dan menjadi antara bintang paling terkenal di Bollywood, berkahwin dengan Abhishek pada 2007.

Bachchan yang lebih dikenali sebagai “Big B”, memiliki karier lebih 4 dekad dalam industri perfileman.

Beliau terpilih sebagai “pelakon milenium” menerusi tinjauan dalam talian BBC pada 1999 dan menjadi pelakon India pertama diukir patung lilin di Muzium lilin Madame Tussauds, London.

Pihak berkuasa berkata, ibu kota kewangan dan filem India kini menyaksikan hampir 100,000 kes Covid-19 dengan lebih 1,200 pesakit baharu dilaporkan setiap hari dan lebih 5,582 kematian dicatatkan.

Dilaporkan 26,000 kematian dicatatkan di negara  yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button