Nasional

Covid-19: Rayuan rakyat Malaysia di Milan, ambil iktibar dari Itali

Salam semua, kami di Itali – Milan.

Kami akan berkongsi perjalanan kehidupan di Milan dalam meniti hari-hari yang sukar dan kami yakin menjadi kewajipan kamu semua belajar daripada kesilapan dan hasilnya yang telah kami lalui.

Kini kami melalui suasana kuarantin. Tidak keluar ke jalan. Pihak polis sentiasa mengawasi pergerakan dan akan menggari sesiapa saja yang berada di luar rumah.

Semuanya ditutup termasuk tempat kerja, pusat beli-belah dan perniagaan. Tidak ada pergerakan di jalan raya.

Rasanya seperti sudah berada di hujung kahidupan. Sekelip mata Itali berubah wajah; seperti berada dalam peperangan dan kegelapan.

Sesungguhnya ia seperti satu hakikat hidup yang tidak pernah sehari pun saya akan melaluinya.

Manusia di Milan dalam kesulitan, sedih, lemah, bahkan mereka sedikit pun tidak memahami bagaimana realiti ini dipertanggungjawabkan untuk mereka lalui dan bilakah akan berakhir ‘kabus’ ini.

Namun kesilapan yang besar adalah di peringkat awal kemunculan musibah ini – manusia (Itali) meneruskan kehidupan sosial seperti biasa. Keluar bekerja dan meneruskan kehidupan seperti kelaziman seperti bercuti.

Kami juga banyak berkumpul bersama rakan-rakan dan menyertai majlis (kenduri).

Semua ini adalah kesilapan termasuk diri saya!

Saya mengutusi anda semua supaya kamu semua hendaklah berhati-hati. Kisah ini bukan cerita lucu atau gurauan.

Jagalah orang yang anda sayangi, kedua ibu bapa., datuk dan nenek daripada penyakit yang sangat bahaya ini.

Kematian di sini adalah sekitar 200 orang sehari. Bukan kerana tiada doktor yang bagus tetapi tiada lagi tempat yang selamat untuk semua.

Maka pelajari dari kesilapan kami, ambil langkah berjaga:

  • Tidak keluar ke tempat yang sesak
  • Berusaha untuk tidak makan di tempat umum/terbuka
  • Terus berada di dalam rumah
  • Peka dan dengar arahan kesihatan
  • Berinteraksi dalam jarak satu meter, jangan terlalu hampir
  • Segera dapatkan rawatan
  • Ambil vitamin C

Daripada: Ustazah Zaleha
Rakyat Malaysia di Milan, Itali

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button