NasionalNegeri

Chu @ Ismail adik Shahidan Kasim meninggal dunia

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim memaklumkan adiknya, Datuk Ismail Kasim atau lebih dikenali sebagai Chu telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.45 petang ini.

Beliau membuat hantaran ini di Facebook (FB) miliknya kira-kira sejam lalu.

Difahamkan Ismail, 64, meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham juga akan dikebumikan di tanah perkuburan Damansara di Kuala Lumpur malam ni.

Ismail pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang selama dua penggal setelah menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan juga PRU14.

Bagaimanapun Allahyarham gagal mempertahankan kerusinya apabila kalah pada calon Perikatan Nasional (PN), Wan Zikri Afthar Ishak pada PRU15.

Allahyarham juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dari 1 November 2011 hingga 31 Oktober 2016. – SM

BACA Shahidan Kassim optimis PN sapu bersih Parlimen, DUN Arau

BACA Shahidan Kassim jolok sarang tebuan: Anwar Ibrahim tepuk meja di Dewan Rakyat

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button