Luar Negara

China peruntuk 71.8 bilion Yuan perangi wabak koronavirus

CHINA memperuntukkan dana fiskal berjumlah 71.85 bilion yuan (US$3.3 bilion) untuk menyokong usaha mengawal wabak novel koronavirus, kata Menteri Kewangan pada Ahad lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga pukul 6 petang Sabtu, sebanyak 31.55 bilion yuan telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Liu Kun.

Liu berkata langkah-langkah pengawasan perlu diperkukuh untuk memastikan dana itu benar-benar disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

BACA JUGA: Coronavirus: lebih 800 mati di China

BACA JUGA: Coronavirus: Singapura catat tujuh kes baharu

Pihak berkuasa pusat fiskal akan terus menjalankan dasar untuk menyokong usaha memerangi wabak penyakit itu, kata Liu.

Katanya, memandangkan beberapa perusahaan kecil turut terjejas, pihak berkuasa fiskal di semua peringkat akan membantu meringankan beban mereka. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button