Hiburan

Charlie Puth bengang dituduh tumpang populariti BTS

SERANGAN peminat kumpulan K-Pop BTS terhadap penyanyi Charlie Puth nyata membuatkan penyanyi itu merasa bengang.

Puth yang popular dengan lagu One Call Away itu meminta peminat BTS yang digelar sebagai Army supaya tidak sesuka hati menuduhnya  menumpang populariti BTS.

“Saya selalunya tidak ambil kisah dengan perkara sebegini tapi saya harus juga cakap pasal benda ini.

“Perbalahan dan tuduhan peminat setia seseorang selebriti itu adalah sangat bahaya, toksik dan ia perlu dihentikan,” katanya di akaun Twitter.

BACA> Gadis 12 tahun nikah lelaki berusia 44 tahun

Menurut Puth, dia sudah berusia 28 tahun jadi perkara ini tidak menjadi kudis buat saya bila orang yang tidak mengenali rapat dengan saya membuat tuduhan sebegitu.

Jelasnya, cuba bayangkan kalau dirinya mendapat mesej-mesej ‘jahat’ ini kira-kira 10 tahun lalu dan semestinya kata-kata itu akan memberi impak negatif pada kehidupannya.

“Saya risau dengan hal sebegini yang seakan sudah menjadi perkara biasa di Twitter pada setiap hari. Ia mungkin kedengaran cliche, tapi tolong bersikap baik di antara satu sama lain.

Tiada kebaikan pun jika kita sentiasa berbalah. Kita perlu sentiasa berkasih sayang, itu yang lebih kita perlukan,” ujarnya.

BACA> Ugutan video seks punca Goo Hara bunuh diri

Charlie dikatakan menumpang populariti BTS apabila mempersembahkan lagu We Don’t Talk Anymore bersama salah seorang anggota kumpulan BTS, Jungkook pada majlis anugerah MBC Plus X Genie Music Awards, dua tahun lalu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button