Rencana

Kerajaan diminta wujudkan semula ‘Tabung Untuk Makanan Negara’

Oleh NASER SHEIKH ALI

Tindakan kerajaan BN ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dengan memperkenalkan Dana Tabung Makan Negara (Food Security) adalah satu langkah yang bijak.

Tujuan utama nya selain untuk memastikan sumber makan rakyat mencukupi di setiap masa, ianya juga akan mengurangkan kebergantungan negara mengimport sumber makanan dari luar negara yang tidak secara langsung akan memastikan harga sumber di paras yang terkawal (kesan tukaran mata wang asing)

Dana asal yang telah diperuntukkan ialah sebanyak RM2 bilion pada tahun 2008, seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah habis digunakan untuk diberikan pinjaman yang diuruskan oleh Agrobank pada tahun 2013, dan wajar untuk ditambah semula.

Dana ini adalah peruntukan khas kerajaan. Ia bukan geran, tetapi adalah pinjaman di mana kerajaan memberi untuk pinjaman sektor pertanian. Maknanya Agrobank pinjam daripada kerajaan dan dibayar balik.

Saya ingin menegaskan sekiranya kerajaan boleh pertimbangkan dan menambahkan semula Dana tersebut bagi nemastikan ianya dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran pertanian negara dan tidak lagi perlu bergantung kepada import.

Walaupun Kerajaan baru-baru ini ada memperuntukkan sebanyak RM1 bilion Dana Jaminan Makanan sepanjang tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi itu saya melihat hanya untuk jangka tempoh yang singkat dan hanya berbentuk rangsangan, dan juga fokusnya lebih tertumpu untuk kes-kes yang melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dana Tabung Makanan Negara ini perlu disalurkan terus sebagai pelbagai bantuan/pinjaman kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

Adalah amat malang jika Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah Negara Maju dan membangun terpaksa bergantung kepada pihak luar untuk “memberi” makan kepada rakyat nya.

Dari sudut sosiologi, rakyat akan berada di dalam keadaan keresahan dan memberontak jika dapur mereka kehabisan stok makanan, atau pun nilai duit di tangan mereka tidak mampu untuk membeli makanan di luar sana (kerana harga nya melambung tinggi).-SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close