Carsome jalin kerjasama dengan Grab bagi kempen rakan pemandu seluruh negara
PLATFORM e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome telah bekerjasama dengan superapp terkemuka di Asia Tenggara, Grab untuk melancarkan kempen “Own Your Ride” di seluruh negara, yang bertujuan memanfaatkan lebih 100,000 orang rakan pemandu dan rakan penghantaran Grab di seluruh Malaysia.
Kempen ini membolehkan rakan pemandu dan rakan penghantaran Grab menikmati diskaun pembelian sehingga RM600, diskaun tukar beli sebanyak RM1,000 dan perkhidmatan selepas jualan selama 1 tahun apabila membeli kereta Carsome Certified.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome Eric Cheng berkata bahawa kerjasama itu merupakan lanjutan kepada matlamat syarikat untuk membantu orang ramai maju ke hadapan dengan menawarkan ketenangan fikiran dalam penyelesaian mobiliti.
- Grab Malaysia perkenal Grab Travel Pass sebagai sokongan kepada MOTAC
- Grab perkuatkan komitmen kepada kemudahan dan keselamatan
“Kami sangat teruja untuk berganding bahu dengan Grab dalam menyediakan akses kepada rakan pemandu Grab yang mencari cara baharu untuk membeli atau menjual kereta. Janji Carsome atau Carsome Promise kami menawarkan kemudahan dan jaminan kualiti kepada mereka, sama ada untuk memiliki kereta pertama mereka atau bagi menaik taraf kereta mereka,” tambah Cheng.
Kerjasama ini sesuai dengan situasi ekonomi di Malaysia yang sedang dibuka secara perlahan-lahan, di mana lebih ramai orang keluar untuk bekerja dan beriadah, seterusnya meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan e-hailing.
Pandemik COVID-19 telah menyaksikan ramai orang bertukar menjadi penunggang atau pemandu untuk menghantar makanan dan barangan keperluan, dan kempen ini adalah sebahagian daripada usaha Carsome untuk menyumbang kembali kepada petugas barisan hadapan dalam komuniti setempat.
“Sebagai sebahagian daripada program GrabBenefits, kami mendengar pendapat rakan pemandu dan rakan penghantaran kami, dan mencari peluang untuk bekerjasama dengan rakan korporat yang mempunyai visi yang sama bagi menawarkan faedah yang bermakna kepada mereka, seperti membiayai kos operasi mereka semasa mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami.
Kerjasama dengan Carsome ini akan memberikan rakan pemandu dan penghantaran kami pilihan yang lebih menarik apabila mereka ingin mendapatkan kenderaan baharu dan akan membantu mereka menyelenggarakan kenderaan dengan kos yang berpatutan,” kata Pengarah Operasi Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor.
Kempen ‘Own Your Ride’ memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada rakan pemandu Grab kerana ia dilengkapi dengan perkhidmatan selepas jualan tambahan selama setahun di samping pakej Carsome Promise.
Setiap perkhidmatan selepas jualan termasuk Leichtlauf Performance, 10W40 (4L), Penapis OEM dan Pemeriksaan 15 Titik termasuk pemeriksaan penapis udara, pembersihan dan upah buruh. Pakej Carsome Promise, sebaliknya, memastikan setiap kereta lulus pemeriksaan 175 titik yang teliti dan dilengkapi dengan waranti setahun, jaminan wang dikembalikan selama lima hari dan harga tetap tanpa bayaran tersembunyi.
Rakan pemandu Grab boleh melihat tawaran melalui Program Ganjaran Pemandu Grab -GrabBenefits – dalam aplikasi pemandu.
Dari situ, apa yang mereka perlu lakukan adalah menyimpan tawaran, melihat kereta pilihan dengan melayari www.carsome.my, pandu uji kereta pilihan mereka, dan tunjukkan kod baucar kepada Carsome Consultant semasa membuat pembayaran untuk menebus diskaun.
Kempen ‘Own Your Ride’ berlangsung mulai sekarang hingga 30 April 2022. Carsome akan terus berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menawarkan nilai tambahan dalam memberi penyelesaian kepada para pelanggan dan rakan kongsi.