Cara Terbaik Melayan Wanita Ialah Dengan Tidak Berlaku Jujur Terhadapnya
Bagi penggemar filem komedi gelap, Mencari Rahmat perlu dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda kerana isi kandungannya agak mind blowing dan jauh berbeza dengan jalan cerita drama petang-petang.
Mendengar sahaja beberapa lontaran dialog daripada tunjang kuat Mencari Rahmat iaitu Namron serta Amerul Affendi, ternyata ia sangat berbeza dan ada aura luar biasa yang nakal menambahkan rasa tidak sabar.
Misalnya dialog daripada Amerul, “Bagi aku cara terbaik melayan wanita ialah berasmara dengannya jika dia cantik, berasmara dengan orang lain jika dia tidak cantik lagi.”
Ternyata ia adalah antara dialog dewasa dan sudah pasti ia dituju sebagai cerminan kepada anggota masyarakat yang ada perangai jelik dan bertopeng-topeng demi kepuasan diri.
Mencari Rahmat adalah sebuah filem Al Jafree Md Yusop yang diadaptasi daripada ‘The Importance of Being Earnest’ karya Oscar Wilde, lalu diterjemahkan dengan tafsiran sendiri.
Ia mengisahkan perangai orang single, Razak dan Azman yang mewujudkan dua identiti yang berbeza agar Roselina dan Ratna terbuka hati sekali gus memiliki cinta mereka.
BACA SINI >> “Dengar Jadi Hero Romantik Pun Dah Kelakar, Bayangkan Apabila Menonton Nanti”
Namun dalam masa yang sama, harus mendepani tipu muslihat mereka serta amarah Datin Azizah lakonan Adibah Nor yang cukup digeruni.
Selain Namron, Amerul Affendi dan Adibah Noor, Mencari Rahmat turut dibarisi pelakon hebat seperti Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Eric Fuzi.
Mencari Rahmat mula ditayangkan di MUBI bermula 31 Ogos 2021 dan MUBI memberikan promosi langganan masa terhad hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu.
Promosi berakhir pada 16 September 2021. Untuk maklumat lanjut, layari www.mubi.com.