Nasionalpilihan

Dakwaan rakyat Malaysia ditahan Taliban, polis hubungi agensi keselamatan antarabangsa

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara berhubung laporan media yang mendakwa terdapat dua rakyat Malaysia ditahan Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, menerusi laporan berita tersebut, dua individu itu ditahan ekoran penglibatan mereka sebagai pejuang Islamic State (IS).

“Setakat ini, kita tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat kita dengan aktiviti IS di Afghanistan.

“Siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilaporkan melibatkan pejuang IS warganegara Malaysia yang telah sedia ada di luar negara,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa enam individu telah ditahan Taliban di Kabul Afghanistan ekoran pertempuran yang berlaku dan dua daripada mereka ialah rakyat Malaysia.


Untuk rekod, IS di Afghanistan memang tidak sehaluan dengan Taliban dan Amerika Syarikat.

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa sebanyak 102 rakyat Malaysia sudah menyertai IS dan 40 dikatakan maut dalam pertempuran. -SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button