Politik

Calon PN Padang Serai jangan menyibuk hal parti orang

JANGAN jaga tepi kain orang. Itulah peribahasa Melayu yang paling tepat untuk menggambarkan calon Perikatan Nasional (PN), Azman Nasarudin yang bertanding di kerusi Parlimen Padang Serai agar jangan menyibuk dengan hal UMNO.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan calon Azman supaya menjaga partinya sendiri dan jangan mencampuri urusan UMNO.

Kenyataan itu keluar daripada Annuar susulan dakwaan Azman dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bahawa wujud gerakan oleh pemimpin UMNO untuk mengalahkan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan parti itu.

“Dia jaga parti dia sahajalah. Urusan UMNO biar UMNO tentukan,” kata Annuar memetik laporan FMT hari ini.

Menerusi video dimuat naik pengguna Twitter dengan nama “Ibn_Hurairah”, menunjukkan calon Parlimen Padang serai itu turut menyebut nama Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein antara pemimpin UMNO yang terlibat dalam gerakan itu.

“Pemilihan UMNO akan berlaku dalam masa enam bulan, kempen-kempen oleh pemimpin yang menentang Zahid Hamidi sedang digerakkan.

“Pemimpin-pemimpin yang bukan kleptokrasi antaranya Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein sedang berusaha untuk mengalahkan Zahid Hamidi,” kata Azman .

Ditanya tentang tindakan terhadap Azman apabila namanya turut dikaitkan, Annuar berkata, beliau bersifat terbuka kerana merasakan setiap pihak bebas menyuarakan pendapat politik masing-masing.

“Ini semua politik…semua orang bebas beri pendapat,” ujar Annuar.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pemimpin UMNO mendesak Presiden parti itu meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk BN pada PRU15 pada 19 November, baru-baru ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button