pilihanPolitik

Calon Parti Politik PRU-15 Harus Diuji Kelayakan Akademik, Psikologi & Rohani

Desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menjelang tidak lama lagi bukanlah sesuatu yang asing.

Ada yang berkata ia mungkin berlaku tahun ini dan ada juga yang berkata ia akan berlangsung tahun depan.

Namun disebabkan kredibiliti ahli politik semasa cukup diragui para pengundi, penambah baikan perlu ada.

Antara cadangan yang harus didesak oleh rakyat adalah tentang kesedaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR bukan sekadar menguruskan soal pilihan raya malah menjadi badan tapisan ahli politik tidak berguna.

Dalam erti kata lain, SPR perlu mencari ahli politik yang super positif dari segi akademik, psikologi dan rohani.

Selepas itu, barulah mereka layak meletakkan deposit dan bertanding sebagai calon untuk menerima undian.

Jika SPR berjaya melaksanakan penambah baikan ini, percayalah sistem politik negara lebih tersusun dan kemas!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button