Berpuluh-puluh tahun sistem pilihan raya politik di negara ini menggunakan konsep demokrasi, iaitu semua orang boleh memilih sesiapa sahaja untuk diangkat menjadi wakil rakyat.
Asalkan calon yang nak bertanding sebagai wakil rakyat sama ada di DUN mahu pun Parlimen, asalkan ada deposit, sanggup berjudi kalah memang, maka selamat datang ke dunia pilihan raya.
Namun berkesankah kaedah ini? Ya, sangat berkesan dalam mengangkat segelintir pemimpin bodoh yang kosong pengetahuan tentang Perlembagaan Persekutuan tetapi ada ‘anjing’ yang ramai dan setia.
Maka tidak hairanlah sidang Parlimen saban hari sangat menyedihkan apabila kebanyakan ahli Parlimen menukar status dewan yang mulia kepada suasana yang tak ubah seperti zoo.
Sangat memalukan untuk ditonton seisi keluarga khususnya kepada anak-anak yang sedang membesar dan cuba memahami realiti politik tanah air demi kepentingan sejagat.
Sehubungan itu, penulis berpendapat untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), calon yang ingin bertanding di kerusi politik wajar diajar dan diuji kepala otak mereka semental yang mungkin.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu mungkin perlu menubuhkan satu jawatankuasa penilai menjelang PRU-15.
Calon yang sudah meletakkan deposit mereka untuk bertanding perlu menjalani fasa peperiksaan dan keputusan harus disiarkan secara langsung dan berikut adalah pecahan cadangannya :
1) Peperiksaan Fasa 1 – Ujian Perlembagaan Persekutuan
Calon yang ingin bertanding di kerusi politik harus lulus menjawab soalan-soalan yang disediakan berkait dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika perkara ini tidak dilaksanakan, sampai PRU-20 sekali pun, pengundi setempat berpotensi akan mendapat wakil rakyat yang bercakap ikut sedap mulut dan kepentingan peribadi.
Kalau budak sekolah boleh, pelajar IPTA / IPTS boleh, orang nak kerja kerajaan boleh, takkan yang nak bertanding jadi wakil rakyat ini tak boleh? Nak jadi pemimpin negara, takkan sanggup dimalukan budak-budak UPSR?
2) Peperiksaan Fasa 2 – Ujian Sejarah Asal Tanah Melayu, Bukannya Sejarah Digubal British
Sistem pendidikan negara adalah hasil tinggalan Bristish dan sering diubai suai kononnya mengikut keadaan pemikiran orang-orang di Tanah Melayu. Secara tidak langsung, ilmu agama dan ilmu kehidupan telah dipisahkan menjadi pendidikan sekular dan banyak sejarah asal pembentukan Tanah Melayu diseleweng dan tak diceritakan.
Maka pengkaji sejarah tanah air perlu memainkan peranan untuk bersama-sama dalam perkara ini agar calon yang nak bertanding sebagi wakil rakyat tahu asal Melayu itu di pentas Sunda, zaman kesultanan Melayu Melaka itu bukan di kota Melaka sahaja, apa punca kaum Melayu terus tertindas dari segi ekonomi dan pemilikan hartanah serta berapa banyak monumen atau bahan sejarah tanah air yang berada di luar negara.
3) Peperiksaan Fasa 3 – Ujian Agama
Disebabkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, maka agama Islam menjadi jantung kepada negara Tanah Melayu atau pun Malaysia. Mengetahui ada yang bertegas dalam Perlembagaan Persekutuan tiada pun dijelaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia, cuma Persekutuan, seharusnya penjelasan ini harus diselesaikan.
Dalam erti contoh lain, dalam tubuh ada darah, dan darah itu untuk pastikan sistem tubuh manusia berfungsi dengan baik. Namun golongan putar belit ini tetap akan mengaku, memanglah mereka juga ada darah dalam badan tetapi mereka bukan orang sebaliknya, haiwan. Di sinilah titik kelemahan yang perlu diambil kira.
Sehubungan itu, jika ada pemimpin yang memegang jiwa al-Quran serta hadis sebagai panduan, segala permasalahan putar belit di peringkat nasional mahu pun negara boleh diselesaikan dengan bijak.
Sekiranya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu berjaya mewujudkan jawatankuasa penilai seperti yang dicadangkan, inilah revolusi baharu politik Malaysia.
Nota : Rakyat Malaysia masih tak serik beratur lama-lama, undi punya undi, akhirnya wakil rakyat lompat parti tanpa pohon persetujuan rakyat yang mengundi? Mengapa ini terjadi? Kerana mereka ada pengaruh dan jiwa mereka ketika itu adalah demi kepentingan diri dan agenda peribadi.