Nasional

18.4 juta orang telah disuntik satu dos vaksin

SEJUMLAH 18.476 juta populasi atau 78.9 peratus orang dewasa di Malaysia telah disuntik dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Lembah Kelang yang merangkumi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 109.3 peratus dan Labuan sebanyak 101.4 peratus.

Jumlah melebihi 100 peratus kerana statistik kependudukan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tidak mengambil kira perubahan populasi sejak banci terakhir, penduduk tanpa dokumen serta vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa domumen dan golongan bukan pemastautin.

Turut mencatatkan peratusan tinggi adalah Negeri Sembilan (90.1 peratus) dan Sarawak (90.0 peratus).


Sementara itu 13.315 juta penduduk atau 56.9 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 92.9 peratus, Sarawak (85.4 peratus), Lembah Kelang (85.2 peratus), Negeri Sembilan (72.3 peratus) dan Perlias (62.4 peratus).

Semalam pemberian dos vaksin mencatatkan 396.578 dos melibatkan 150,459 dos pertama dan 246,109 dos kedua.-SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button