Politik

Calon Ketua Menteri Melaka PH gagal cabar pembubaran DUN Melaka

Calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, Adly Zahari gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

Adly yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Bukit Katil  memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan empat pihak iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai defendan pertama manakala bekas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh defendan kedua.

Responden ketiga dan keempat masing-masing ialah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dan bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.-SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button