Travel

Cabutan bertuah Nuh Travel beri penghargaan kepada pelanggan Setia

Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. terus berusaha untuk memberi pengalaman ibadah yang selesa dan berkualiti kepada para pelanggannya.

Baru-baru ini, lebih 30 pelanggan setia mereka menerima hadiah dalam majlis cabutan bertuah yang diadakan sempena Tea, Treats & Treasures, sebagai penghargaan kepada pelanggan yang mendaftar pakej dari Jun hingga Oktober 2024.

Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din, menyatakan bahawa ini adalah kali kedua majlis cabutan bertuah diadakan.

Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din

“Majlis pertama dilakukan secara dalam talian, dan kali ini kami berjumpa secara bersemuka. Sambutan yang positif daripada pelanggan mendorong kami untuk menganjurkannya lagi, dengan hampir 1,000 pendaftaran diterima sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Nilai hadiah pada cabutan bertuah pertama adalah sekitar RM5,000 hingga RM7,000. Untuk edisi kedua, mereka menyediakan 30 hadiah dengan bajet RM15,000, termasuk gold bar sebagai hadiah utama dan bag air wheel sebagai hadiah kedua. “Kami ingin menghargai pelanggan dan merapatkan silaturrahim antara Nuh Travel dan pelanggan, kerana selama ini kami berurusan secara dalam talian,” tambah Adam.

Majlis ini juga menandakan persediaan untuk cabutan bertuah ketiga yang akan diadakan pada Mei 2025, terbuka untuk peserta yang mendaftar dari November 2024 hingga April 2025. “Kami memilih bulan Mei untuk mengikut pendaftaran baru semasa MATTA Fair pada bulan April. Pendaftaran berbayar layak untuk menyertai cabutan bertuah ini, dengan hadiah bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000 termasuk pakej umrah percuma,” jelasnya.

Nuh Travel & Tours menyasarkan 6,000 peserta untuk tahun depan, dengan 4,500 untuk penerbangan lawatan dan 1,500 untuk peserta umrah. Dalam kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia, Nuh Travel akan memulakan penerbangan umrah pertamanya pada 2 November ini dengan Pakej Umrah Ziarah Dubai, yang disertai 30 jemaah bersama Imam Muda Hassan.

Penerbangan kedua bersama Saudia dijadualkan pada 6 Disember untuk Pakej Umrah Ziarah Turki. Tahun depan, mereka juga akan memperkenalkan Pakej Umrah Ziarah Switzerland. Adam menekankan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mencipta pengalaman beribadah yang berkualiti.

Antara peserta yang bertuah memenangi cabutan bertuah

“Tagline kami, ‘Creating Moments’, mencerminkan hasrat kami untuk mencipta pengalaman percutian dan umrah yang memuaskan dengan harga berpatutan,” katanya.

Nuh Travel menawarkan lebih 60 pakej pelancongan, termasuk Pakej 6 Negara yang sangat popular. Dalam sebulan, terdapat dua penerbangan melibatkan sekitar 60 peserta, dan pada waktu puncak, mereka mampu mengendalikan sehingga enam grup dengan lebih 300 orang.

Pakej paling pendek adalah perjalanan ke negara-negara ASEAN, berlangsung selama 4 hari 3 malam, seperti Jakarta-Bandung dan Ho Chi Minh-Dalat. Antara pakej baru yang akan dilancarkan termasuk Swiss Milan Bliss, Pakej ke Scotland, dan Pakej ke Afrika Selatan.

Menurut Adam, beliau optimis mengenai prospek industri pelancongan di Malaysia pada pertengahan 2024, berkat pengukuhan mata wang dan inisiatif kerajaan.

“Saya melihat semakin ramai yang melancong, termasuk ke destinasi dekat seperti Jakarta dan Guangzhou,” katanya.

Nuh Travel & Tours, yang beroperasi di Damansara Perdana, akan membuka cawangan baru di seluruh negeri, dengan cawangan pertama di Johor Bahru pada 9 November. Mereka juga meneroka divisi baru melalui platform ‘Malaysia Bus Rental’, yang menyediakan pengangkutan bagi pelancong asing ke Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan dan umrah ziarah, sila layari www.nuhtravel.com.my.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button