Cabaran KPN tangani kes pukul kerana berpuasa
KEJADIAN majikan memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa menimbul kemarahan banyak pihak dan perlu ditangani oleh Ketua Polis Negara dengan baik.
Senator Muhammad Zahid Md Arip berkata, insiden kejadian dua pegawal peribadi dipukul oleh majikannya hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan provokasi serta penghinaan melampau terhadap kemuliaan Islam dan saya menyifatkan majikan tersebut sebagai bangsat.
“Kes ini adalah cabaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador sebelum beliau bersara memadangkan namanya disebut dalam laporan polis yang sudah pun tular di sosial media.
“Justeru, saya mendesak Ketua Polis Negara sendiri memantau siasatan dan memastikan pelaku mendapat hukuman setimpal, bukannya sekadar mengheret atau mendakwa mereka ke mahkamah,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau mendesak SUHAKAM yang selama ini mendakwa pihaknya sebagai pejuang hak asasi manusia agar mengecam sekeras-kerasnya perbuatan majikan tersebut yang bertindak menghalang, mencederakan dan melakukan ugutan jenayah terhadap pekerja untuk menunaikan hak asasinya sebagai penganut agama Islam, lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi Persekutuan di negara ini
Namun, sehingga kini, kata beliau, walau sudah gempita isu ini di seluruh negara, saya pelik mengapa SUHAKAM membisu seribu bahasa.