Cabaran KPLB mendepani pasca pandemik dan inflasi dunia
1. Saya amat tertarik membaca Penulisan dari Zul Bakar di Warta Rakyat bertajuk, *Ramuan Pengalaman Mahdzir Ubah Imej Kementerian Pembangunan Luar Bandar.*
Penulisan tersebut membicarakan bagaimana Menteri Pembangunan Luar Bandar yang terkini, Mahdzir Khalid telah berjaya menukar imej serta wajah Kementerian tersebut kepada sebuah Kementerian yang mencapai sasaran melaksanakan projek-projek pembangunan yang telah dirancang untuk tahun 2022.
Projek-projek melibatkan infrastruktur termasuk jalan perhubungan desa, jalan kampung, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik dan kemudahan sosial untuk Luar Bandar.
2. Mahdzir Khalid adalah seorang Menteri yang saya ikuti perkembangan politiknya semenjak tahun 1999, apabila saya berada di Jabatan Perdana Menteri bersama Tan Sri Noh Omar, ketika itu Setiausaha Parlimen Di JPM.
Mahdzir Khalid, merupakan Setiausaha Politik kepada TPM, Tun Abdullah ketika itu.
3. Agak menarik membicarakan turun-naik politik Mahdzir Khalid ini, dari menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff kepada dirinya sendiri menjadi Menteri Besar Kedah pada tahun 2006.
Dari menjadi seorang Guru dan Guru Besar di SMK Beaufort, Sabah pada tahun 1989 kepada menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 2015 – 2018.
Dari menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, kepada menjadi Pengerusi TNB.
Dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, kemudiannya menjadi Menteri Besar Kedah, kepada menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah pada tahun 2008-2013.
Dari jadi Menteri Pendidikan Malaysia, menjadi Ketua Whip Barisan Nasional di Blok Pembangkang.
Dari pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan memegang portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar & Pembangunan Koperasi Negeri dan Pengerusi KADA di Kedah kepada menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2021 sehingga kini.
4. Apabila Mahdzir Khalid diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada bulan Ogos 2021, ini merupakan satu jawatan dan tanggung-jawab yang amat diminati oleh Mahdzir Khalid.
Jiwa Mahdzir amat dekat dengan keinginan membantu rakyat luar bandar, memulihkan ekonomi orang-orang kampung serta meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Melayu dari Luar Bandar.
Sesungguhnya keutamaan Mahdzir Khalid kelihatan terbahagi kepada 7 perkara penting iaitu ;
(i). *SOSIO EKONOMI PENDUDUK LUAR BANDAR.*
Memulihkan kelangsungan hidup rakyat luar bandar post pandemik Covik 19. Termasuk memulihkan punca mereka mencari rezeki.
(ii). *INFRASTRUKTUR.*
Memulih dan memperbaiki infrastruktur penduduk-penduduk luar bandar dari segi membina, memperbaiki jalan kampung, jalan perhubungan desa, bekalan elektrik, bekalan air dan kemudahan sosial. Kemudahan infra untuk memudahkan pekebun kecil dan peniaga mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk dihantar ke bandar, untuk jualan dan sebagainya.
Untuk tahun 2022, bagi *Projek Jalan Luar Bandar,* KPLB telah membelanjakan RM437.347 juta ringgit, memberi manafaat kepada 45,000 orang rakyat jelata.
Manakala untuk *Projek Jalan Perhubungan Desa,* KPLB telah membelanjakan RM98.772 juta ringgit, memberi manafaat kepada 192,000 orang.
Untuk *Bekalan Elektrik Luar Bandar,* KPLB telah membelanjakan RM100.872 juta ringgit, dengan memberi manafaat kepada 10,725 orang.
Untuk *Projek Bekalan Air Luar Bandar,* KPLB telah membelanjakan RM128.194 juta ringgit, memberi manafaat kepada 24,000 orang rakyat.
Untuk *Projek Lampu Jalan Kampung,* KPLB telah membelanjakan RM2.0 juta ringgit, dengan memberi manafaat kepada 175,000 orang.
(iii). *PENDIDIKAN.*
Pencapaian Akademik yang lebih baik untuk Anak-Anak Melayu dari Luar Bandar dan Dalam Bandar.
Ini dilakukan dengan memastikan anak-anak Melayu luar bandar dimasukkan ke Sekolah-Sekolah Asrama Penuh MRSM melalui MARA.
Dasar untuk terus menghantar pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara didalam bidang-bidang kritikal ke Universiti terbaik dunia, diteruskan.
Meluaskan Pendidikan TVET di MARA dan Agensi-Agensi untuk pelajar-pelajar Melayu luar bandar kerana pendidikan TVET membuka peluang pekerjaan yang lebih luas.
Elaun pelajar-pelajar tajaan MARA di dalam dan di luar negara dinaikan, seperti yang di umumkan oleh PM Ismail Sabri baru-baru ini, setelah diluluskan oleh Kabinet.
(iv). *PERUMAHAN.*
Bantuan untuk pembinaan Projek Perumahan Keluarga Malaysia (dulu dikenali sebagai Projek Perumahan PPRT), dipertingkatan dari RM56 ribu kepada RM66 ribu setiap unit untuk Semenanjung Malaysia dan dari RM68 ribu kepada RM79 ribu untuk Sabah dan Sarawak.
Untuk bantuan memperbaiki rumah yang rosak dipertingkatkan kepada RM15 ribu di Semenanjung Malaysia dan RM17 ribu kadar maximum di Sabah dan Sarawak.
(v). *PEKERJA MAHIR.*
Kementerian Luar Bandar dibawah kepimpinan Mahdzir Khalid juga memperlihatkan kesungguhan Kerajaan melahirkan pekerja-pekerja mahir didalam bidang Teknologi TVET dan lain-lain.
Ini jelas kelihatan dengan usaha KPLB memperhebatkan kursus-kursus TVET dan Program-program Kemahiran yang di kendalikan oleh Giat MARA.
Selain daripada itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar juga menyeru agar Usahawan-usahawan Luar Bandar melengkapkan diri mereka dengan *kemahiran digital* bagi menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif ketika ini, mereka digalakan menghadiri kursus-kursus kemahiran digital agar produk mereka dapat di pasarkan dengan lebih meluas dan menarik.
(vi). *MEMPERKASAKAN DIGITAL ACCESS.*
Mahdzir Khalid juga jelas kelihatan mengutamakan memperkasakan Digital Access, untuk Sekolah-Sekolah KEMAS (tabika) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Projek ini akan melibatkan 11,000 sekolah KEMAS (tabika).
Ini adalah bagi memastikan *_Tabika KEMAS Early Childhood Education Digital Transformation Plan_* berjalan dengan sempurna dan baik.
Ini bertujuan untuk memastikan penduduk-penduduk luar bandar mendapat access internet dengan lebih baik dan laju, bagi memudahkan anak-anak mereka belajar kerana dunia digital sudah semakin menjadi satu keperluan yang penting untuk masyarakat dalam dan luar bandar.
(vii). *MEMPERKASAKAN AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR.*
Strategi yang juga jelas kelihatan ialah memperkasakan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu ;
*MARA.*
*JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS).*
*JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA).*
*PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA).*
*LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA BERHAD).*
*LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA).*
*LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH).*
*LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR).*
*LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA).*
*LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA).*
5. Ini juga jelas memperlihatkan tulisan *Zul Bakar* bahawa *Ramuan Pengalaman Mahdzir Khalid* telah berjaya mengubah imej Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dengan meletakkan Kementerian ini di landasan yang tepat untuk terus-menerus membantu Rakyat di dalam dan di luar bandar.
Sesungguhnya Keutamaan serta Kepentingan Rakyat, terus menjadi *Agenda Utama Mahdzir Khalid,* Menteri Pembangunan Luar Bandar.