BeritaEkonomi

Buy Muslim First semakin lesu

KEMPEN Buy Muslim First atau #BMF dilihat semakin lesu. Page yang dibuka di Facebook kini menjadi tempat orang menjual produk masing-masing dan tiada beza dengan mana-mana perniagaan di dalam talian yang lain.

Semua ahli membuat posting barang yang dijual, manakala jumlah yang like atau share atau komen adalah sangat rendah walaupun ahli di dalam kumpulan tersebut berjumlah ratusan ribu.

Group yang diwujudkan juga dijadikan medan untuk kedai menjual produk secara live di dalam facebook, tetapi jumlah pengunjung juga mulai menurun.

Aplikasi mudah alih yang diwujudkan juga kurang mendapat sambutan hanya ratusan sahaja yang memuat turun sedangkan jumlah umat Islam di negara ini adalah melebihi 50 peratus daripada lebih 32 juta penduduk di negara ini.

Aplikasi Abata yang diwar-warkan dilancarkan pada 1 Oktober lalu sehingga hari ini belum wujud.

Tanda pagar #BMF juga semakin tidak popular dan tidak lagi menjadi trending. Mungkin peringkat awal gerakan ini kelihatan sangat besar dan mendapat sambutan daripada orang Islam.

Tetapi kini ia menjadi seperti biasa kedai-kedai Islam kembali lengang kerana isu yang sama khidmat pelanggan dan barangan yang dijual tidak memuaskan hati.

Akhirnya pelanggan akan kembali kepada kedai-kedai atau pasar raya yang mereka selesa kerana di situ terdapat semua barangan yang diperlukan tidak lagi kerana sentimen buy muslim first atau menyokong produk Islam.

Kesimpulannya umat Islam masih lemah dalam perniagaan kerana isu yang sama sejak sekian lama iaitu kualiti perkhidmatan dan kualiti produk yang tidak mencapai standard atau kehendak masyarakat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button